1. Kurang ilmu dan kesedaran
Tidak sedar akan aibnya zina dan tidak sedar akan haram perbuatan itu.
Tidak sedar bahawa perbuatan-perbuatan yang boleh menghampirkan diri
kepada zina itu juga haram. Terjebak dengan zina kerana menghampiri zina
seperti berpegangan tangan, berdua-duaan antara lelaki perempuan yang
bukan mahram dan sebagainya.
2. Lemah Iman
Orang berilmu terjebak dengan zina kerana masih panjang angan-angan.
Masih ragu tentang azab daripada Allah, iman hanya di akal. Apabila iman
lemah nafsu akan mudah didorong oleh syaitan kepada perbuatan
yang melanggar larangan Allah.
3.Meringan-ringankan dosa
Bermula dengan meringan-ringankan dosa-dosa kecil seperti
pandang-memandang, renung-merenung, sms, chatting yang akhirnya
merangsang gelora nafsu.
4. Dorongan luaran
Zina juga berlaku kerana banyak ruang yang membawa kepada
perbuatan zina terutama pandangan mata. Firman Allah,
" Katakanlah kepada lelaki Mukmin(kawallah) penglihatan
mereka dan peliharalah kemaluan mereka, yang demikian
itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah
maha mengetahui apa yang mereka lakukan." (An Nur:30)
5. Pengaruh rakan
Pengaruh rakan yang telah rosak akan mendorong seseorang
yang masih suci supaya sama-sama rosak sepertinya.
6. Ketidakprihatinan masyarakat
Mukadimah Zina
"Sebahagian dari asas-asas yang telah ditetapkan oleh Islam ialah:
Apabila sesuatu itu diharamkan, maka perantara (wasilah) yang membawa
kepadanya juga dihukum sebagai haram. Dan, ditutup pintu-pintu yang boleh
membawa kepada perkara haram itu."
" Apabila Islam mengharamkan zina, sebagai contoh, diharamkan juga segala
mukadimah zina dan perkara-perkara yang boleh membawa ke arah itu.
Seperti mempamerkan perhiasan (tabarruj jahiliyah), berkhalwat/berdua-duaan
yang diharamkan, bercampur gaul dengan bebas, gambar lucah, tidak berakhlak,
nyayian yang tidak bermoral dan seterusnya".
Yusuf al-Qardawi, Halal dan haram Dalam Islam,1993
Monday, August 23, 2010
Sunday, August 22, 2010
8 ADAB BERMAAFAN DENGAN IBU BAPA
1. Jemput ibu dan ayah duduk di tempat yang tinggi.
2. Mulakan bersalam dengan ibu dahulu, pegang tangan ibu dengan
penuh kasih sayang, pandang mata ibu dan cium tangannya.
3. Kucup dahi dan peluk ibu dengan sungguh hati. Peluk lama
sikit sampai mengalir air mata, sampai kita terasa sebak
dan mengharapkan keampunan.
Semasa mendakap ibu, bacalah 3 doa ini perlahan-lahan:
a) Ya Allah yang mempermudahkan dan tidak menyusahkan
b) Ya Allah, engkau lembutkanlah hati kami
c) Ya Allah, engkau lapangkanlah dada ibu kami
4. Lafazkanlah kemaafan dan segala yang terbuku di hati
di atas salah silap yang pernah kita lakukan. Perincikan
kesalahan yang pernah dibuat agar ibu dapat memaafkannya.
5. Minta ibu maafkan segala kesalahan kita supaya tiada
yang terbuku di hati yang menghalang terangkatnya dosa
kita diampunkan Allah, kerana tanpa redha ibu, Allah tidak
redha kehidupan kita.
6. Bersedia mendengar dengan baik segala nasihat ibu.
7. Berazam untuk membuat perubahan diri.
8. Diikuti bermaafan dengan ayah dan ahli keluarga yang lain.
Dalam bab memohon maaf ini digalakkan dilakukan pada beberapa hari terakhir Ramadan sebelum tiba Syawal kerana pada bulan Ramadan, Allah angkat sepenuhnya doa bagi orang yang bersungguh-sungguh minta ampun. Apabila kita telah betul-betul lurus hati dengan ibu , InsyaAllah perkara lain akan mudah dilaksanakan.

Saturday, August 21, 2010
Sahabat, Teman, Teman tapi mesra (Part 4)
1988, banyak peristiwa yang berlaku. Aku baru dapat ucap terima kasih pada orang yang bagi hadiah kat aku masa harijadi tahun lepas. Itupun dalam surat je. Itulah sahabat yang kemudian ku anggap teman. Teman je belum teman tapi mesra. Kenapa aku boleh terima dia jadi teman ? Yang pertama kerana dia sentiasa menjaga batas-batas dalam pergaulan, kedua menghormati aku sebagai muslimah dan ketiga tak sibuk nak jumpa aku. Kalau ada sesuatu nak cakap, tulis surat, kalau tak bila aku balik Sg Besi, dia call. Agaknya kalau asyik nak jumpa je, memang dah lama aku reject sebab aku bukan suka. Dah buatpun ujian gaya bercinta, memang aku seorang yang logik kalau bercinta bukan jiwang karat.
Kami sekelas tapi ramai yang tak taupun kami berkawan. Akupun bukan nak bercakap dengan dia kalau bukan perkara2 penting. Walaupun sekelas, aku bukan kenal dia sangat sebab dia pendiam bukan semua orang dia nak cakap. Akupun lebih suka melepak dengan Kak Nab dan Kak Farid. Nak tau sebab bermula kami berkawan, sebab nama. Aku senang menggunakan AMN sebagai menandakan setiap harta milikku dan dia AM. Jadi kawan2 dia ejek2. Aku tak tahupun. Dia takut aku tersinggung tu yang dia tulis surat. Sejak hari tu, aku selalu menerima surat daripadanya dan dapatlah aku kenalinya lebih-lebih...... ha...ha... dah 2 tahun sekelas baru nak kenal. Kawan2 dah mula menghidu perhubungan kami, tapi aku buat macam biasa je, tak ada apa2.Memang aku muka selamba je.
Setelah cuti semester berakhir, akupun mula praktikum. Aku pun pindah bilik duduk sebilik dengan Kak Farid. Jadi Kak Faridlah yang tau perhubungan kami dan Kak Niza, posmen kami sebab dia duduk dekat dengan rumah Kak Niza. Aku lak praktikum sama dengan Kak Niza. Kami susah nak jumpa lepas tu. Kalau ada hal, nanti bagi surat je kat Kak Niza. Miss u kak, TQ jadi posmen.
Result sem lepas keluar. Alhamdulillah dapat pointer yang ku hajati. Mudah-mudahan misiku berjaya. Pensyarah pembimbing En. Zul. Selalu call dia dengan Kak Noli, tanya bila nak datang . Dia baik, banyak membantu. Akupun minta dengan dia nak B+ je, tak nak A. Takut nanti, lagi ramai nak tengok. Dahlah mengajar Tahun 1. Akhirnya aku dapat B+, itupun puas aku merayu nak dapat. Berjaya akhirnya misiku di sini. Yes, sijil cemerlang....
Bestnya mengajar kat sini sebab bila balik je boleh singgah Chow Kit dengan Kak Farid cari lauk untuk masak. Kak Farid lak pandai masak. Teman sebilik yang barupun best. Siti, Kak Nawa, Jah, Hanizah, dan Aida. Semua satu sem jadi setiap hari ceritanya buat lesson plan, BBM dan cerita kena observe. Aku macam biasa bukan boleh buat kerja bila bising2 jadi aku tidur cepat nanti tengah malam bangun buat lesson plan dan BBM. Bangun pagi nak kejar bas pergi sekolah. Nak sampai sekolah kena lalu tepi Chow Kit tu yang sentiasa sesak. Macam nak pergi perang je, jalan dengan bawa beg, radio, dan BBM.
Masa berlalu,bila dah habis observe, aku rapat dengan Kak Noli dari flat sebelah sebab Kak Farid ada agenda tersendiri. Tiap petang pergi tasik bagi makan kura2. Ada gak jumpa ..... kalau dia datang ke flat atau terserempak kat tasik. Pernah sekali tu, hantar aku ke Puduraya tapi naik bas je. Nak jadi cerita, sampai bas stand Klang, jumpa member sebilik, ha..ha..apalagi pecah rahsia. Sebelum ni mereka tak taupun sebab mereka dari tingkat lain sebelum ni. Tapi yang best member tak kecohpun semua pandai simpan rahsia.
Sambung part 5

Sahabat, Teman, Teman tapi mesra (Part 3)
NOVEMBER 1987, sebelum cuti aku terima hadiah daripada sesaorang untuk harijadiku Disember nanti. Sebuah Al Quran kecil tapi aku simpan je sebab aku dah ada Al Quran lain. Tak cakap terima kasihpun sebab aku terima hadiah tu dari orang lain. Aku tak ingatpun siapa yang jadi posmen. Ingatan seorang sahabat untuk harijadiku yang bakal tiba.
1988, semester akhir di sini sebelum praktikum. Kena score untuk sem ini untuk menjayakan misi. Ada pensyarah yang jarak jauh je tapi kalau dapat masuk bukan bagi notapun tapi asyik cerita yang sama. Nak periksa, kalut bagi nota photostat. Tak apa semua tu kenangan.
Bulan Februari dapat surat dari seorang sahabat yang disampaikan juga oleh seorang sahabat yang isinya.... jeng-jeng adalah something yang mengusik hati paling dalam. Nasib dah nak cuti.... boleh tenangkan diri. Aku solat Isytiharah agar diberi petunjuk. Lepas tu aku mula karang surat balasan. Berhari-hari jugalah sebab tak tau nak tulis apa. Takut salah tulis atau salah cakap. Puas gak lah mengarang akhirnya siap.
Nak bagi macam mana ye? Orang tengah yang bagi surat hari tu lah jadi posmen. Jangan dia baca sudah... ha..ha... mesti dia gelak sebab ayat macam control ayu je walaupun sebenar aku tak macam tu. Selepas itu surat demi surat ku terima dari sahabat yang akhir menjadi seorang teman. Tapi dah tak pakai posmen, guna taktik lain lak. Tukar buku. Ada gak sahabat yang tanya ada apa-apa ke ? Macam2 alasan keluar masa tu, pinjam bukulah dan entah apa-apa lagi. Janji selamat.
Sejak itu, aku terpaksalah jaga tingkah laku coz, dia bagiku terlalu pendiam. Aku yang suka usik dia sebelum ni, sebab dia tak banyak cakap. Kalau tak tau nak buat apa, dia akan melukis. Entah apa yang dilukis akupun tak tau sebab tak ada hal aku nak ambik tau. Lepas tu, tak adalah aku buka mulut usik dia lagi. Kalau ternampak dia kat ujung bangunan sebelah kanan, aku dah pusing ke kiri, janji tak terserempak. Tak tau kenapa. Walaubagaimanapun surat2nya sentiasa mengunjungi aku. Kenapa aku macam tu? Sebab malu kawan nampak, tak nak menaruh harapan takut kecewa dan yang penting misiku belum selesai di sini.
Exam akhir puas bertungkus lumus untuk kekalkan pointer. Study.... macam biasa atas katil. Kakak senior yang sebilik masa tu praktikum. Aku pun kena pilih sekolah untuk praktikum. Dapat SK Kg Baru dengan sahabat sekelas semua Kak Farid, Kak Niza, Kak Noli, Kak Sahimah, dan Ina. Kenangan di SKKB masih diingatan. Habis exam, bermakna kami terpaksa berpisah dengan senior yang begitu rapat dengan kami kerana mereka telah habis dan akan posting. Sedihnya nak berpisah, Kak Nor, Kak Ros, Kak Liza, Kak Zimah dan Kak Mai, teman2 sebilik yang dah bersama selama 2 tahun. Miss u all walaupun ada yang dah bersua di alam maya.
Sambung Part 4

Sahabat, Teman, Teman tapi mesra (Part 2)
Julai 1986 aku mendaftar diri kat MPSK. Induk dan suami yang hantar. Dah daftar, aku di tempatkan di Flat Yokor. Macam nama Jepun je. Kat mana diorang dapat nama, akupun tak tahu. Yang aku tahu maktab ni tak ada asrama jadi mereka sewakan rumah-rumah tapi bukan rumah sebenarnya yang ada hanya flat2. So pergilah mendaftar kat situ dapat tingkat 1. Alhamdulillah suasana begitu selesa berbanding dengan flat kat belakang Hospital Tawakal. Ada ruang tamu yang besar, siap meja lagi. Mejapun besar2. Bilik mandi yang selesa untuk setiap bilik dan ruang dapur. Sebagai anak felda yang serba kekurangan, keselesaan itu membuatkan aku bertekad untuk memburu kejayaan dalam pengajianku di sini.
Minggu orientasi bermula. Ramai gak senior cari bukan sebab kenalpun tapi sebab kakak dan abang ipar kat maktab ni dulu. Masih ada junior2 dia. Kenallah senior2 tu. Setakat kenal je walaupun ada freshie yang terus lekat dengan abang senior sejak minggu orientasi lagi.
Misi yang belum selesai. Tak nak layan sangat bab-bab ni walaupun MPSK tu menurut senior mencari pasangan sebelum keluar. Tak apa kot sebab lama lagi nak keluar. Ada gak kata aku dah tunang sebab apa entah. Mungkin cincin yang aku pakai, padahal cincin tu aku tempah sendiri. Cincin tupun entah mana dah.
Di sini aku bertemu sahabat-sahabat baru. Yang paling rapat Kak Nab dan Kak Farid. Miss you all. Sebab aku rapat dengan mereka kerana duduk sama tingkat walaupun tak sama bilik tapi satu kelas. Kalau ada muka aku, adalah muka dua orang sahabat ku ini.Seronok menjalani hidup kat MPSK ni sebab tiap-tiap minggu boleh balik rumah Induk kat Kem Sungai Besi, boleh pergi Chow Kit, lepak kat Tasik Titiwangsa dan meronda shopping complex yang ada kat KL. Teman-teman sebilik semua baik-baik dan mesra rakyat. Kami selalu masak dan makan bersama-sama. Ada gak lah ikut mereka balik ke kampung. Itupun Kak Liza kat Kg Sekendi, Kak Maizan kat Kepong, Kak Nab kat kajang dan Kak Farid kat Muar. Pengalaman naik basikal kat Muar, nasib tak jatuh parit sebab aku bukan terror sangat naik basikal. Last-last kak Farid yang bawa aku.
Masa terus bergerak. Aku terus dengan misi ku yang belum selesai. Peperiksaan setiap semester ditempuh dengan penuh tenang. Macam biasa aku suka study atas katil je. Orang lain berlumba2 pergi library siang malam tapi aku duduk atas katil, study sebab tak suka suasana bising. Tak dapat apa pun nanti, asyik nak tengok orang je. Aku memang hobi observe orang, lepas tu buat conclusion. Ha..ha..Paling suka bila nak balik kampung. Kena naik bas kat Puduraya. Orang ramai, so lagi banyak orang boleh diobserve. Pernah jatuhpun kat tangga Puduraya tu sebab bawa beg berat sangat, tangga tu pulak tinggi. Selalu aku balik sorang2 je sebab tak ada sahabat baik yang satu aliran dengan ku arah ke Gemas. Apalagi tidur sepanjang perjalanan. Kenyang tidur 3 jam. Masa tu highway belum panjang lagi macam sekarang setakat KL-Seremban je itupun tak sampai Seremban betul2.
Sambung part 3

Friday, August 20, 2010
Sahabat, Teman, Teman tapi mesra (Part 1)
Di mana ya ingin bermula? Mulanya di sini, Darjah 1
Masuk Darjah 1 Tahun 1974, SKSK dalam kenangan. Dengan penuh takut sebab tak pernah sekolah, aku melangkah ke sekolah ditemani ayah. Oleh kerana saizku yang kecil, ayah macam minta tangguh je tahun depan baru masuk sekolah. Masih ku ingat Cikgu Sabariah, guru kelas, lembut je pujuk aku sekolah sebab dah cukup umur untuk sekolah. Mula kenal sahabat2 di kelas, sama dengan mula kenal A, B, C hingga Z. Tak tau bacapun masa tu sebab tak pernah sekolah. Sahabat sekelas antaranya Norian, Hanida, Maizura, Norliza dan ramai lagi. Aku di situ sampai Darjah 5 je. Kemudian pindah ke SK Linggi. Jumpa sahabat2 baru tapi satupun tak ingat dah sebab setahun je kat situ ikut Induk.
1980 mula era sekolah menengah. Best dan menyeronokkan coz jumpa kawan-kawan baru. Ya TBS dalam kenangan. Duduk di asrama menyebabkan aku begitu rapat dengan sahabat2 dan senior2. Kenangan bersama Ida, Ana, Su, Raz dan Ayang di asrama sentiasa mekar begitu juga Zsa2 dan Lina kerana hanya kami 8 orang di kelas dari Ting 1 hingga 3.
1983 masuk ke STTJ. Boleh tahan 2 minggu je. Tak ingat langsung kawan2 kat situ siapa, yang aku tahu kesihatanku terjejas dan aku melarikan diri ke SMTAR Gemas. Melarikan diri? Mungkin istilah tu sesuai kot sebab aku tak boleh ke TBS semula, jadi aku duduk rumah. Satu lagi era baru dalam hidup ku. Kat sekolah tu sampai SPM. Jumpa semula sahabat2 lama di SKSK dulu dan sahabat baru.
1985 masuk ke TMS, ting 6. Nasib dapat masuk, boleh sambung belajar. Jumpa sahabat2 dari SMTAR di situ. Pening sebab sekolah tu sekolah lelaki, yang perempuan ada kat ting Khas atau 6 je. Duduk rumah sewa, jumpa sahabat baru Kak Nani, Kak Maria dan ..... dah tak ingat nama.
1986 dapat tawaran ke Maktab Peguruan Seri Kota, KL. Dah tak wujud lagilah nama maktab tu.
Sambung nanti Part 2.

Thursday, August 19, 2010
FELDA SUNGAI KELAMAH
Dibesarkan di sini dan di sinilah bermula kehidupanku. Dari seorang anak Felda yang begitu daif, meniti kehidupan sehingga akhirnya aku berjaya kembali ke sini untuk mendidik anak-anak Felda ini untuk menjadi harapan keluarga agar dapat merubah kehidupan.
Sekolah ku dulu kini dah mula berubah wajah. Di sinilah aku mula mengenal huruf dan belajar membaca. Masih dalam ingatan Cikgu Sabariah yang menjadi guru kelas Darjah 1 dan 2. Alhamdulillah dapat semula berhubung dengan beliau setelah 30 tahun. Beliau masih lembut seperti dulu.
Apa yang ada di Sg Kelamah ? Tugu peringatan Perang Dunia Ke 2
Inilah monumen yang penting dalam sejarah yang ada di Sg Kelamah.
Di mana letaknya Sg Kelamah?
Di antara Jalan Tampin Gemas.
Jalan hadapan perkampungan Felda Sungai Kelamah
Jambatan baru dari Gemas ke Tampin berhampiran Sg Kelamah
Jalan ke Gemas berdekatan Kem Syed Sirajuddin
Berdekatan dengan pekan Gemas. Inilah Stesen keretapinya.
Sebagai generasi kedua Felda, terasa amat bangga dengan kejayaan yang dicapai oleh anak-anak Felda khususnya anak-anak didik di Felda Sungai Kelamah. Walaupun kini tidak lagi menabur bakti di sini, tempat ini sentiasa di hati. Apatah lagi ayahanda dan bonda masih di sini.
Wednesday, August 18, 2010
TAUBAT
TAUBAT SIAPA YANG DITERIMA
Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan kerana lahirnya kita di dunia ini disertakan dengan nafsu sering mengajak kepada kejahatan. Ditambah lagi dengan syaitan yang sudah berjanji untuk menyesatkan semua umat manusia untuk dijadikan temannya dalam neraka kelak. Namun, Allah tetap memberi ruang dan peluang kepada hambaNya untuk menghapuskan dosa dengan bertaubat. Allah telah berfirman " Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaubat dan menyucikan dirinya" (al-Baqarah :222) Sebenarnya Allah menerima taubat semua orang kerana sifat Maha Penyayang, Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat yang ada padaNya.
Syarat-syarat taubat:
i. Sunguh-sungguh menyesal atas kesalahan yang dilakukan
ii. Berusaha meninggalkan kesalahan tersebut
iii. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi
iv. Sekiranya kesalahan itu kepada manusia, hendaklah memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.
v. Andai orang itu meletakkan syarat untuk memaafkan kesalahan kita, maka tunaikanlah selagi ia tidak menyalahi syariat kerana kemaafan itu lebih utama.
SEMOGA KITA AKAN TERLEPAS DARI AZAB API NERAKA.

Subscribe to:
Posts (Atom)