Wednesday, November 1, 2017

PROGRAM PENGHIJAUAN SEKOLAH

PROGRAM PENGHIJAUAN SEKOLAH



1.0  PENGENALAN

Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa hadapan yang
menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila sudah dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar untuk dididik seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”. Sekolah Kebangsaan Kampong Parit telah mula menerapkan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajarnya dan mewujudkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Justeru, pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa telah berusaha untuk mewujudkan Program Penghijauan Sekolah untuk semua warga sekolah.

2.0 VISI DAN MISI

VISI : Melahirkan warga sekolah yang mencintai alam sekitar yang bersih dan nyaman.

MISI: Seluruh warga sekolah bekerjasama mewujudkan persekitaran yang kondusif dan menyeronokkan untuk murid belajar.


3.0: MOTTO
“ILMU SULUH HIDUP”




4.0  TUJUAN / OBJEKTIF

4.1 memupuk nilai murni menghargai alam sekitar pada kalangan warga sekolah
4.2 meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan     dan  pemuliharaan alam sekitar
4.3 menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan
4.4 meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam menjayakan
     Program Penghijauan Sekolah   
4.5 mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga sekolah yang
     mempraktikkan amalan hidup bestari
4.6 menggalakkan kehadiran murid ke sekolah








5.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Jawatankuasa Induk

5.1 Pengerusi               : PN ANIS BINTI MD NASIR
                                        Guru Besar SK Kampong Parit
      Timb. Pengerusi    : PN ZURIDAH BINTI IDRIS
                             PK Pentadbiran
       Naib Pengerusi     : PN ROGAYAH BINTI IBRAHIM (PKHEM)
                                       EN MOHD JASMIN BIN SAID (PK KOKU)

Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras                   : Pn Siti Hasnah binti Mukdan
Setiausaha                   : Pn Mariati binti Abd Manaf
Bendahari                     : Pn Norliza binti Lidun

AJK
 1. Pn Maizilawati binti Md Diah
2. En Mohamad Najib bin Mohsin
3. En Aminuddin bin Maamor
4. Semua Pekerja Swasta     
5.  Semua Pelajar

5.0 SASARAN
SELURUH WARGA SEKOLAH

6.0 JANGKAMASA PELAKSANAAN
       Januari 2017 – Disember 2017

7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil
Komponen
Anggaran (RM)
1
Tanah
RM30.00
2
Baja
RM30.00
3
Benih
RM20.00
4
Besi
RM30.00
Jumlah
RM 120.00

8.0 SUMBER KEWANGAN
       Sumbangan daripada ibu bapa

9.0 PELAKSANAAN PROGRAM

   


BIL
Perkara
PERINCIAN TUGAS
1
Penyediaan Tempat dan Bahan
1.               En Aminuddin bin Maamor(K)
2.               Pn Norliza binti Lidun
3.               Pn Norlaila binti Salleh
4.               En Asawadi bin Azar
-            Menyediakan tempat tanaman, mengumpulkan botol, memotong botol, memasukkan tanah, menyemai benih dan menanam benih ke dalam botol dan tempat penanaman sayur

2
Pemantauan Tanaman
1.               Pn Siti Hasnah binti Mukdan(K)
2.               En Mohd Jasmin bin Said
-            Memastikan murid/pekerja menyiram pokok sayur mengikut nama mereka setiap hari dan memantau keadaan pokok sayur
3
INFO DAN SEBARAN MAKLUMAT
Brosur Sekolah & Pamplet
1.               Pn Anis binti Md Nasir(K)
2.               Pn Mariati binti Abd Manaf
-            mencari maklumat tanaman sayur dan memasukkan ke dalam brosur,
-            menyebarkan mesej alam sekitar melalui dokumentasi/poster/perhimpunan
Pusat Sumber sekolah
1. En Mohamad Najib bin Mohsin(K)
JK PSS
Mew Mewujudkan dan memantapkan koleksi bahan bacaan , rujukan dan multimedia tentang tanaman sayur di pusat sumber sekolah
Dokumentasi
1. Pn Zuridah binti Idris (K)
2. Pn Maizilawati binti Md Diah
-                 
-            Mengambil maklumat aktiviti penanaman.
-            Membantu su laporan menyediakan bahan laporan pelaksanaan program penanaman sayur.
4
JK Tajaan dan Sumbangan
1. Pn Rogayah binti Ibrahim (K)


me     Membuat surat permohonan tajaan botol daripada ibu bapa.
Mendapatkan tajaan daripada syarikat/organisasi/badan berkanun
             

10 PENUTUP

Program Penghijauan Sekolah  merupakan program yang dirancang untuk menggalakkan kehadiran murid di samping menggalakkan murid menanam sayur dan mencintai alam sekitar. Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada penerapan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk mewujudkan persekitaran sekolah lestari dan seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang menghargai alam sekitar.

Contoh-contoh gambar Program Penghijauan Sekolah