PROGRAM
PENGHIJAUAN SEKOLAH
1.0 PENGENALAN
Sekolah merupakan tempat paling tepat untuk membentuk generasi masa
hadapan yang
menghargai alam sekitar. Ini kerana hanya di sekolahlah keperibadian dan
persepsi manusia terhadap alam sekitar dapat dibentuk atau dicorakkan. Apabila
sudah dewasa atau keluar dari alam sekolah, seorang manusia akan lebih sukar
untuk dididik seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya”.
Sekolah Kebangsaan Kampong Parit telah mula menerapkan usaha pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan pelajarnya dan mewujudkan generasi
masa hadapan yang menghargai alam sekitar. Justeru, pihak sekolah dengan
kerjasama ibu bapa telah berusaha untuk mewujudkan Program Penghijauan Sekolah untuk semua warga sekolah.
2.0 VISI
DAN MISI
VISI : Melahirkan
warga sekolah yang mencintai alam sekitar yang bersih dan nyaman.
MISI: Seluruh
warga sekolah bekerjasama mewujudkan persekitaran yang kondusif dan
menyeronokkan untuk murid belajar.
3.0: MOTTO
“ILMU SULUH HIDUP”
4.0 TUJUAN / OBJEKTIF
4.1
memupuk nilai murni menghargai alam sekitar pada kalangan warga sekolah
4.2 meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
4.3 menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan
4.4 meningkatkan kerjasama antara sekolah dengan masyarakat dalam
menjayakan
Program Penghijauan Sekolah
4.5 mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang
mempraktikkan amalan
hidup bestari
4.6 menggalakkan kehadiran murid ke sekolah
5.0
JAWATANKUASA PROGRAM
Jawatankuasa
Induk
5.1
Pengerusi
: PN ANIS BINTI MD NASIR
Guru Besar SK Kampong Parit
Timb. Pengerusi : PN
ZURIDAH BINTI IDRIS
PK Pentadbiran
Naib
Pengerusi : PN ROGAYAH BINTI IBRAHIM (PKHEM)
EN MOHD JASMIN BIN SAID (PK KOKU)
Jawatankuasa Pelaksana
Penyelaras
: Pn Siti Hasnah binti Mukdan
Setiausaha
: Pn Mariati binti Abd Manaf
Bendahari
: Pn Norliza binti Lidun
AJK
1. Pn Maizilawati binti Md Diah
2. En Mohamad Najib bin Mohsin
3. En Aminuddin bin Maamor
4. Semua Pekerja Swasta
5. Semua Pelajar
5.0 SASARAN
SELURUH WARGA SEKOLAH
6.0 JANGKAMASA PELAKSANAAN
Januari 2017 – Disember 2017
7.0 ANGGARAN BELANJAWAN
Bil
|
Komponen
|
Anggaran (RM)
|
1
|
Tanah
|
RM30.00
|
2
|
Baja
|
RM30.00
|
3
|
Benih
|
RM20.00
|
4
|
Besi
|
RM30.00
|
Jumlah
|
RM 120.00
|
8.0 SUMBER KEWANGAN
Sumbangan daripada ibu bapa
9.0 PELAKSANAAN PROGRAM
BIL
|
Perkara
|
PERINCIAN TUGAS
|
1
|
Penyediaan Tempat dan Bahan
1.
En Aminuddin
bin Maamor(K)
2.
Pn Norliza binti Lidun
3.
Pn Norlaila binti Salleh
4.
En Asawadi bin Azar
|
- Menyediakan tempat tanaman, mengumpulkan botol, memotong botol,
memasukkan tanah, menyemai benih dan menanam benih ke dalam botol dan tempat
penanaman sayur
|
2
|
Pemantauan Tanaman
1.
Pn Siti Hasnah
binti Mukdan(K)
2.
En Mohd Jasmin bin Said
|
- Memastikan murid/pekerja menyiram pokok sayur mengikut nama mereka
setiap hari dan memantau keadaan pokok sayur
|
3
|
INFO DAN SEBARAN MAKLUMAT
|
|
Brosur Sekolah & Pamplet
1.
Pn Anis binti
Md Nasir(K)
2.
Pn Mariati binti Abd Manaf
|
- mencari maklumat tanaman sayur dan memasukkan ke dalam brosur,
- menyebarkan mesej alam sekitar melalui dokumentasi/poster/perhimpunan
|
|
Pusat Sumber sekolah
1. En Mohamad Najib bin Mohsin(K)
JK PSS
|
Mew Mewujudkan dan
memantapkan koleksi bahan bacaan , rujukan dan multimedia tentang tanaman
sayur di pusat sumber sekolah
|
|
Dokumentasi
1. Pn Zuridah binti Idris (K)
2. Pn Maizilawati binti Md Diah
|
-
- Mengambil maklumat aktiviti penanaman.
- Membantu su
laporan menyediakan bahan laporan pelaksanaan program penanaman sayur.
|
|
4
|
JK Tajaan dan
Sumbangan
1. Pn Rogayah
binti Ibrahim (K)
|
me Membuat surat permohonan tajaan botol
daripada ibu bapa.
Mendapatkan
tajaan daripada syarikat/organisasi/badan berkanun
|
10 PENUTUP
Program Penghijauan Sekolah merupakan program yang dirancang untuk
menggalakkan kehadiran murid di samping menggalakkan murid menanam sayur dan
mencintai alam sekitar. Program ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada
penerapan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar untuk mewujudkan persekitaran
sekolah lestari dan seterusnya melahirkan generasi masa hadapan yang menghargai
alam sekitar.
Contoh-contoh gambar Program Penghijauan Sekolah
No comments:
Post a Comment