Wednesday, August 18, 2010

TAUBAT

TAUBAT SIAPA YANG DITERIMA
Sebagai manusia, kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan dan kesilapan kerana lahirnya kita di dunia ini disertakan dengan nafsu sering mengajak kepada kejahatan. Ditambah lagi dengan syaitan yang sudah berjanji untuk menyesatkan semua umat manusia untuk dijadikan temannya dalam neraka kelak. Namun, Allah tetap memberi ruang dan peluang kepada hambaNya untuk menghapuskan dosa dengan bertaubat. Allah telah berfirman " Sesungguhnya Allah menyukai hambaNya yang bertaubat dan menyucikan dirinya" (al-Baqarah :222) Sebenarnya Allah menerima taubat semua orang kerana sifat Maha Penyayang, Maha Pemaaf dan Maha Penerima Taubat yang ada padaNya.
Syarat-syarat taubat:
i. Sunguh-sungguh menyesal atas kesalahan yang dilakukan
ii. Berusaha meninggalkan kesalahan tersebut
iii. Berazam untuk tidak mengulanginya lagi
iv. Sekiranya kesalahan itu kepada manusia, hendaklah memohon maaf kepadanya terlebih dahulu.
v. Andai orang itu meletakkan syarat untuk memaafkan kesalahan kita, maka tunaikanlah selagi ia tidak menyalahi syariat kerana kemaafan itu lebih utama.

SEMOGA KITA AKAN TERLEPAS DARI AZAB API NERAKA.

No comments:

Post a Comment