1988, banyak peristiwa yang berlaku. Aku baru dapat ucap terima kasih pada orang yang bagi hadiah kat aku masa harijadi tahun lepas. Itupun dalam surat je. Itulah sahabat yang kemudian ku anggap teman. Teman je belum teman tapi mesra. Kenapa aku boleh terima dia jadi teman ? Yang pertama kerana dia sentiasa menjaga batas-batas dalam pergaulan, kedua menghormati aku sebagai muslimah dan ketiga tak sibuk nak jumpa aku. Kalau ada sesuatu nak cakap, tulis surat, kalau tak bila aku balik Sg Besi, dia call. Agaknya kalau asyik nak jumpa je, memang dah lama aku reject sebab aku bukan suka. Dah buatpun ujian gaya bercinta, memang aku seorang yang logik kalau bercinta bukan jiwang karat.
Kami sekelas tapi ramai yang tak taupun kami berkawan. Akupun bukan nak bercakap dengan dia kalau bukan perkara2 penting. Walaupun sekelas, aku bukan kenal dia sangat sebab dia pendiam bukan semua orang dia nak cakap. Akupun lebih suka melepak dengan Kak Nab dan Kak Farid. Nak tau sebab bermula kami berkawan, sebab nama. Aku senang menggunakan AMN sebagai menandakan setiap harta milikku dan dia AM. Jadi kawan2 dia ejek2. Aku tak tahupun. Dia takut aku tersinggung tu yang dia tulis surat. Sejak hari tu, aku selalu menerima surat daripadanya dan dapatlah aku kenalinya lebih-lebih...... ha...ha... dah 2 tahun sekelas baru nak kenal. Kawan2 dah mula menghidu perhubungan kami, tapi aku buat macam biasa je, tak ada apa2.Memang aku muka selamba je.
Setelah cuti semester berakhir, akupun mula praktikum. Aku pun pindah bilik duduk sebilik dengan Kak Farid. Jadi Kak Faridlah yang tau perhubungan kami dan Kak Niza, posmen kami sebab dia duduk dekat dengan rumah Kak Niza. Aku lak praktikum sama dengan Kak Niza. Kami susah nak jumpa lepas tu. Kalau ada hal, nanti bagi surat je kat Kak Niza. Miss u kak, TQ jadi posmen.
Result sem lepas keluar. Alhamdulillah dapat pointer yang ku hajati. Mudah-mudahan misiku berjaya. Pensyarah pembimbing En. Zul. Selalu call dia dengan Kak Noli, tanya bila nak datang . Dia baik, banyak membantu. Akupun minta dengan dia nak B+ je, tak nak A. Takut nanti, lagi ramai nak tengok. Dahlah mengajar Tahun 1. Akhirnya aku dapat B+, itupun puas aku merayu nak dapat. Berjaya akhirnya misiku di sini. Yes, sijil cemerlang....
Bestnya mengajar kat sini sebab bila balik je boleh singgah Chow Kit dengan Kak Farid cari lauk untuk masak. Kak Farid lak pandai masak. Teman sebilik yang barupun best. Siti, Kak Nawa, Jah, Hanizah, dan Aida. Semua satu sem jadi setiap hari ceritanya buat lesson plan, BBM dan cerita kena observe. Aku macam biasa bukan boleh buat kerja bila bising2 jadi aku tidur cepat nanti tengah malam bangun buat lesson plan dan BBM. Bangun pagi nak kejar bas pergi sekolah. Nak sampai sekolah kena lalu tepi Chow Kit tu yang sentiasa sesak. Macam nak pergi perang je, jalan dengan bawa beg, radio, dan BBM.
Masa berlalu,bila dah habis observe, aku rapat dengan Kak Noli dari flat sebelah sebab Kak Farid ada agenda tersendiri. Tiap petang pergi tasik bagi makan kura2. Ada gak jumpa ..... kalau dia datang ke flat atau terserempak kat tasik. Pernah sekali tu, hantar aku ke Puduraya tapi naik bas je. Nak jadi cerita, sampai bas stand Klang, jumpa member sebilik, ha..ha..apalagi pecah rahsia. Sebelum ni mereka tak taupun sebab mereka dari tingkat lain sebelum ni. Tapi yang best member tak kecohpun semua pandai simpan rahsia.
Sambung part 5
No comments:
Post a Comment