Sunday, August 22, 2010

8 ADAB BERMAAFAN DENGAN IBU BAPA

1. Jemput ibu dan ayah duduk di tempat yang tinggi.

2.
Mulakan bersalam dengan ibu dahulu, pegang tangan ibu dengan
     penuh kasih sayang, pandang mata  ibu  dan cium tangannya.

3.
Kucup dahi dan peluk ibu dengan sungguh hati. Peluk lama 
    sikit sampai  mengalir air mata,  sampai kita  terasa sebak 
    dan mengharapkan keampunan.

    Semasa mendakap ibu, bacalah 3 doa ini perlahan-lahan:
    a) Ya Allah yang mempermudahkan dan tidak menyusahkan
    b) Ya Allah, engkau lembutkanlah hati kami
    c) Ya Allah, engkau lapangkanlah dada ibu kami

4.
Lafazkanlah kemaafan dan segala yang terbuku di hati  
    di atas salah silap  yang  pernah kita lakukan. Perincikan  
     kesalahan yang pernah dibuat agar ibu dapat memaafkannya.

5.
Minta ibu maafkan segala kesalahan kita supaya tiada
     yang terbuku di hati  yang menghalang  terangkatnya  dosa 
     kita diampunkan Allah, kerana tanpa redha ibu,  Allah tidak
     redha kehidupan kita.

6.
Bersedia mendengar dengan baik segala nasihat ibu.

7. Berazam untuk membuat perubahan diri.

8. Diikuti bermaafan dengan ayah dan ahli keluarga yang lain.

Dalam bab memohon maaf ini digalakkan dilakukan pada beberapa hari terakhir Ramadan sebelum tiba Syawal kerana pada bulan Ramadan, Allah angkat sepenuhnya doa bagi orang yang bersungguh-sungguh minta ampun. Apabila kita telah betul-betul lurus hati dengan ibu , InsyaAllah perkara lain akan mudah dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment