1. Kurang ilmu dan kesedaran
Tidak sedar akan aibnya zina dan tidak sedar akan haram perbuatan itu.
Tidak sedar bahawa perbuatan-perbuatan yang boleh menghampirkan diri
kepada zina itu juga haram. Terjebak dengan zina kerana menghampiri zina
seperti berpegangan tangan, berdua-duaan antara lelaki perempuan yang
bukan mahram dan sebagainya.
2. Lemah Iman
Orang berilmu terjebak dengan zina kerana masih panjang angan-angan.
Masih ragu tentang azab daripada Allah, iman hanya di akal. Apabila iman
lemah nafsu akan mudah didorong oleh syaitan kepada perbuatan
yang melanggar larangan Allah.
3.Meringan-ringankan dosa
Bermula dengan meringan-ringankan dosa-dosa kecil seperti
pandang-memandang, renung-merenung, sms, chatting yang akhirnya
merangsang gelora nafsu.
4. Dorongan luaran
Zina juga berlaku kerana banyak ruang yang membawa kepada
perbuatan zina terutama pandangan mata. Firman Allah,
" Katakanlah kepada lelaki Mukmin(kawallah) penglihatan
mereka dan peliharalah kemaluan mereka, yang demikian
itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah
maha mengetahui apa yang mereka lakukan." (An Nur:30)
5. Pengaruh rakan
Pengaruh rakan yang telah rosak akan mendorong seseorang
yang masih suci supaya sama-sama rosak sepertinya.
6. Ketidakprihatinan masyarakat
Mukadimah Zina
"Sebahagian dari asas-asas yang telah ditetapkan oleh Islam ialah:
Apabila sesuatu itu diharamkan, maka perantara (wasilah) yang membawa
kepadanya juga dihukum sebagai haram. Dan, ditutup pintu-pintu yang boleh
membawa kepada perkara haram itu."
" Apabila Islam mengharamkan zina, sebagai contoh, diharamkan juga segala
mukadimah zina dan perkara-perkara yang boleh membawa ke arah itu.
Seperti mempamerkan perhiasan (tabarruj jahiliyah), berkhalwat/berdua-duaan
yang diharamkan, bercampur gaul dengan bebas, gambar lucah, tidak berakhlak,
nyayian yang tidak bermoral dan seterusnya".
Yusuf al-Qardawi, Halal dan haram Dalam Islam,1993
No comments:
Post a Comment