NOVEMBER 1987, sebelum cuti aku terima hadiah daripada sesaorang untuk harijadiku Disember nanti. Sebuah Al Quran kecil tapi aku simpan je sebab aku dah ada Al Quran lain. Tak cakap terima kasihpun sebab aku terima hadiah tu dari orang lain. Aku tak ingatpun siapa yang jadi posmen. Ingatan seorang sahabat untuk harijadiku yang bakal tiba.
1988, semester akhir di sini sebelum praktikum. Kena score untuk sem ini untuk menjayakan misi. Ada pensyarah yang jarak jauh je tapi kalau dapat masuk bukan bagi notapun tapi asyik cerita yang sama. Nak periksa, kalut bagi nota photostat. Tak apa semua tu kenangan.
Bulan Februari dapat surat dari seorang sahabat yang disampaikan juga oleh seorang sahabat yang isinya.... jeng-jeng adalah something yang mengusik hati paling dalam. Nasib dah nak cuti.... boleh tenangkan diri. Aku solat Isytiharah agar diberi petunjuk. Lepas tu aku mula karang surat balasan. Berhari-hari jugalah sebab tak tau nak tulis apa. Takut salah tulis atau salah cakap. Puas gak lah mengarang akhirnya siap.
Nak bagi macam mana ye? Orang tengah yang bagi surat hari tu lah jadi posmen. Jangan dia baca sudah... ha..ha... mesti dia gelak sebab ayat macam control ayu je walaupun sebenar aku tak macam tu. Selepas itu surat demi surat ku terima dari sahabat yang akhir menjadi seorang teman. Tapi dah tak pakai posmen, guna taktik lain lak. Tukar buku. Ada gak sahabat yang tanya ada apa-apa ke ? Macam2 alasan keluar masa tu, pinjam bukulah dan entah apa-apa lagi. Janji selamat.
Sejak itu, aku terpaksalah jaga tingkah laku coz, dia bagiku terlalu pendiam. Aku yang suka usik dia sebelum ni, sebab dia tak banyak cakap. Kalau tak tau nak buat apa, dia akan melukis. Entah apa yang dilukis akupun tak tau sebab tak ada hal aku nak ambik tau. Lepas tu, tak adalah aku buka mulut usik dia lagi. Kalau ternampak dia kat ujung bangunan sebelah kanan, aku dah pusing ke kiri, janji tak terserempak. Tak tau kenapa. Walaubagaimanapun surat2nya sentiasa mengunjungi aku. Kenapa aku macam tu? Sebab malu kawan nampak, tak nak menaruh harapan takut kecewa dan yang penting misiku belum selesai di sini.
Exam akhir puas bertungkus lumus untuk kekalkan pointer. Study.... macam biasa atas katil. Kakak senior yang sebilik masa tu praktikum. Aku pun kena pilih sekolah untuk praktikum. Dapat SK Kg Baru dengan sahabat sekelas semua Kak Farid, Kak Niza, Kak Noli, Kak Sahimah, dan Ina. Kenangan di SKKB masih diingatan. Habis exam, bermakna kami terpaksa berpisah dengan senior yang begitu rapat dengan kami kerana mereka telah habis dan akan posting. Sedihnya nak berpisah, Kak Nor, Kak Ros, Kak Liza, Kak Zimah dan Kak Mai, teman2 sebilik yang dah bersama selama 2 tahun. Miss u all walaupun ada yang dah bersua di alam maya.
Sambung Part 4
No comments:
Post a Comment