Saturday, February 14, 2015

GURU-GURU BESAR SK SELIAU


  1. Akasah bin Mat Ali  (1.6.1924 – 26.3.1928)


  2. Basir bin Yahya (29.3.1928 – 26.1.1933)


  3. Ali bin Md Yassin (1.2.1933 – 11.12.1937)


  4. Ahmad bin Hanafi  (11.12.1937 – 29.12.1941) 

      Perang Dunia Kedua


  5. Ahmad bin Amir (1.10.1945 – 5.1.1959)


  6. Hj Baharom bin Ahmad (6.1.1959 – 11.1.1964)


  7. Rashid bin Daud (12.1.1964 – 28.6.1968)


  8. Tukiman bin Sagimin (1.7.1968 – 31.12.1971)


  9. Hj Ismail bin Ibrahim (1.1.1972 – 6.4.1978)


  10.Jani bin Sharif (7.4.1978 – 2.9.1985)


  11. Ramli bin Hj Ahmad  ( 14.9.1985 – 16.7.1986)


  12. Alias bin Ishak (16.7.1986 – 13.11. 1987)


  13. Talib bin Johan (16.11.1987 – 31.6. 1996)


  14. Ab Halim bin Ab Majid  ( 1.7.1996 – 15.12. 1999)


  15. Zakaria bin Mohamed (16.12.1999 – 30.6.2003)


  16. Hj Ismail bin Shoib ( 1.11.2003 – 16.6.2006)


  17. Hjh Noor Semarli binti Hj Alias (1.7.2006 – 15.2.2008)


  18. Shabariah binti Hj Yazid (10.3.2008 -15.6.2008)


  19.  Hjh. Hamidah binti Singah (16.6.2008 – 31.5.2014)


  20. Azman bin Ambia (16.9.2014 -

      


            Kepimpinan Guru Besar berperanan sangat penting dalam mencapai matlamat sekolah. Kepimpinan yang baik dan terancang dapat melonjakkan kecemerlangan sekolah. Kepimpinan cemerlang yang dimulakan oleh Guru Besar Pn Hjh Noor Semarli binti Alias yang mula bertugas di Sekolah Kebangsaan Seliau pada 1 Julai 2006 mula membuahkan hasil apabila prestasi kelulusan UPSR 2006 telah melonjak sebanyak 37.8% iaitu dari 56.3%  kepada 94.1%. Kecemerlangan ini diteruskan oleh Guru Besar Pn Hjh Hamidah binti Singah yang mula bertugas pada 1 Jun 2008. Selaku Guru Besar, Pn Hjh Hamidah telah berupaya mengamalkan kepimpinan yang berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah. Ini dapat dilihat dari segi peningkatan pencapaian prestasi sekolah sehingga sekolah telah menerima Anugerah Baiah sebanyak empat kali dan kemuncaknya dipilih sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan bagi Fasa 6 pada tahun 2012.Pn Hjh Hamidah telah bersara pada 31 Mei 2014 dan diganti dengan En Azman bin Ambia. Semoga SK Seliau akan meneruskan kecemerlangan di bawah pimpinan guru besar yang baru.


No comments:

Post a Comment