Sunday, January 22, 2012

Program HEM SK Seliau:Program Curahan Kasih




Sesi murid-murid bersama penceramah
Penceramah En Salim bin Putih
Ibu bapa diasingkan bersama penceramah
 Pencereramah En Baharin bin Sabar
 Ibu bapa menulis wasiat untuk anak
 Anak-anak menulis wasiat untuk ibu bapa
Sesi pertemuan ibu dan anak dan penutup
 Anak-anak yang dipilih membaca wasiat untuk ibu bapa
Ada yang menangis apabila diminta mengakui kesalahan kepada ibu bapa

Program HEM SK Seliau:Perlantikan Pengawas






Program HEM SK Seliau:Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah





                                         Antara ibu bapa yang turut menyertai perarakan.
                                         
Perarakan yang bermula di sekolah

                                        
Murid Tahun 1 semangat untuk berarak
Masih larat lagi bersalawat sambil berjalan
Cikgu Fadzli yang turut mengiringi muridnya
GPK 1 turut menyertai perarakan
Khusyuk mendengar ceramah selepas berarak
Antara hadirin yang hadir semasa sesi ceramah

Saturday, January 21, 2012

Sekolah Kebangsaan Seliau, Rantau, N. Sembilan

Sekolah Kebangsaan Seliau telah mendapat berita gembira pada 19 Januari 2012 iaitu telah berjaya mendapat anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan kohort yang ke 6 biarpun kedudukannya jauh di dalam kampung dan merupakan sekolah kurang murid (SKM). Alhamdulillah. Sebagai guru yang mengajar di sini, aku rasa keputusanku untuk berpindah ke sekolah ini pada 1 Mac 2005 adalah keputusan yang tepat setelah aku tidak serasi di sekolah pertama aku di Seremban apabila perpindahanku ke Seremban diluluskan pada 1 Januari 2005.

Tatkala aku datang ke sekolah ini, sekolah ini pada pengamatanku tidak ada yang istimewa, keputusan peperiksaan UPSR tidaklah secemerlang mana. Pada tahun 2005, keputusan UPSR amat mendukacitakan, kelulusan  hanya 56.3%. Aku yang baru  belajar untuk mengajar Sains UPSR, terasa begitu takut untuk melihat keputusan namun Alhamdulillah percubaan pertamaku agak memberansangkan, peratus kelulusan 90 lebih namun GPS sekolah hanya mampu mencapai 2.04. Akibatnya, kami telah didatangi PPD dan Nazir yang hadir untuk memberi bantuan.

Tahun 2006,kami guru-guru Tahun 6 terpaksa bertungkus-lumus untuk memperbaiki keputusan dengan bantuan pihak Nazir dan guru-guru pakar yang dibawa oleh pihak Nazir dan Guru Besar baru kami Pn Hjh Noor Semarli binti Alias terutama dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Setelah pelbagai strategi diatur dan usaha dijalankan akhirnya apabila keputusan diumumkan, sekolah kami berjaya mencatat kelulusan 94.1%. Peningkatan kelulusan sebanyak 37.8%. Semua subjek lulus 100% kecuali B. Inggeris yang mencatat 94.1%. Semua guru berasa sungguh gembira lebih-lebih lagi aku kerana baru tahun kedua aku mengajar Sains Tahun 6 telah mencatat kelulusan 100% dan 5 orang mendapat A. GPS sekolah kamipun kali pertama mencatat bawah 2 iaitu 1.96. Sekolah ini telah menerima pelbagai anugerah daripada JPNS dan PPD Seremban.

Seterusnya, tahun 2007, set guru-guru yang mengajar Tahun 6 telah mengalami perubahan apabila guru Bahasa Inggeris sedia ada bertukar. Pn Nor Lida selaku GPK HEM telah diarahkan mengajar Bahasa Inggeris Tahun 6. Cabaran terus kami galas dan komitmen guru semakin bertambah untuk memastikan kelansungan kejayaan yang dicapai. Pelbagai program telah diatur oleh pihak sekolah serta mendapat kerjasama sekolah-sekolah  DUN Rantau. Sekolah Kebangsaan Seliau telah mencatat keputusan di luar dugaan. Seramai 8 orang murid daripada 22 orang calon mendapat 5A yang membolehkan sekolah ini mencatat GPS 1.63. Anugerah demi anugerah telah berjaya sekolah perolehi hasil daripada kejayaan yang dicapai.

Tahun 2008, Guru Besar sekolah ini telah ditukarkan dan dalam masa yang sama sekolah telah dicalonkan untuk Anugerah Sekolah Cemerlang (ASC) namun disebabkan persiapan  yang tidak mencukupi, sekolah ini tidak berjaya untuk mendapat anugerah tersebut. Kehadiran Guru Besar baru hanya seketika semasa persiapan untuk ASCsebelum berpindah dan diganti oleh Pn Hjh Hamidah binti Singah. Tumpuan kepada kecemerlangan UPSR telah diberi keutamaan. Biarpun terpaksa berkorban masa dan tenaga, guru-guru sedia menabur bakti. Apabila keputusan diumumkan, sekolah berjaya mencatat kelulusan 94.1%, GPS 1.66 dan 4 orang mendapat 5A. Walaupun terdapat sedikit penurunan, namun keputusan tersebut masih dianggap terbaik.

Pada tahun 2009,sekali lagi sekolah ini telah mencatat keputusan UPSR yang boleh dibanggakan iaitu, seramai 6 orang mendapat 5A daripada 18 orang calon, peratus kelulusan 94.4% dan GPS sekolah 1.6 dan yang paling menakjubkan ialah kesemua calon mendapat A dalam penulisan Bahasa Melayu. Sekolah terus mendapat anugerah demi anugerah dan pencalonan sekolah cemerlang. Masih terdengar lagi, seorang nazir telah meminta kami mensasarkan untuk mencapai anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan pula apabila telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Oleh itu, pihak pentadbir dan guru-guru telah menetapkan visi sekolah untuk mencapai sekolah cemerlang menjelang 2010.

Pelajar yang mendapat 4A dan 5A tahun 2009

Pada tahun 2010,sekali lagi guru-guru tahun 6 dan dibantu oleh guru-guru lain telah berkerja keras untuk memastikan kejayaan yang telah diperolehi dikekalkan. Biarpun agak tertekan namun keinginan untuk melihat kejayaan anak-anak didik serta kecemerlangan sekolah, semua tekanan itu telah berjaya diatasi dengan kerjasama daripada semua guru, pentadbir, ibu bapa dan murid-murid sendiri yang dahagakan kejayaan.  Alhamdulillah apabila keputusan diumumkan, sekolah telah mencatat kejayaan yang amat cemerlang. Dengan GPS 1.46 dan kelulusan 100% serta 6 daripada 21 murid mendapat 5A, sekolah ini telah berada di satu tahap yang amat tinggi. Tempat kelima di Negeri Sembilan dan 35 di Malaysia telah membolehkan sekolah ini menerima Anugerah Bai'ah, pencalonan Sekolah Kluster Kecemerlangan dan pencalonan Sekolah Berprestasi Tinggi.

                                         Murid-murid yang mendapat 5A pada tahun 2010

Pada tahun 2011, set guru Tahun 6 telah bertukar sekali lagi apabila Guru Penolong Kanan HEM kami telah dinaikkan pangkat menjadi Guru Penolong Kanan Petang di SK Sikamat. Cikgu Siti Maryama telah diarahkan untuk mengambil alih mengajar Tahun 6 dalam subjek B. Inggeris. Alhamdulillah, walaupun sekolah ini mempunyai calon UPSR paling ramai dalam sejarah 5 tahun kebelakangan ini iaitu 30 orang murid arus perdana dan 3 orang calon PPKI, sekolah ini tetap mencatat kejayaan yang cemerlangan. Dengan GPS keseluruhan 1.59 tanpa calon PPKI atau 1.70, sekolah ini tetap yang terbaik di DUN Rantau. Apatah lagi kami berjaya mencatat keputusan seramai 12 orang calon mendapat 5A.
                       Murid yang mendapat 5A tahun 2012 bersama pengurusan sekolah @ guru Tahun 6.Tiada dalam gambar Pn Siti Maryama kerana cuti bersalin.


Sekolah ini sekali lagi telah dipanggil ke Cyberjaya untuk membuat pembentangan bagi Sekolah Kluster Kecemerlangan. Pihak pentadbir terpaksa bertungkus lumus membuat persiapan untuk tujuan pembentangan tersebut. Pelbagai bahan perlu dilengkapkan dengan segera serta persembahan multimedia perlu disediakan, yang akan digunakan oleh Guru Besar untuk menjual sekolah nanti.

Alhamdulillah pada tanggal 19 Januari 2012 , seluruh warga sekolah telah menerima berita yang amat gembira apabila Sekolah Kebangsaan Seliau telah berjaya menerima Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan. Bagi diriku, anugerah ini adalah bukti kerjasama antara semua pihak terutama guru-guru yang tidak kenal erti penat dan jemu biarpun kadang-kala tertekan dengan bebanan kerja dan tugas utama mengajar dalam memastikan kecemerlangan sekolah. Tahniah untuk seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seliau di atas anugerah ini.Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang telah memberikan sumbangan terutama ADUN Rantau YB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Hj Muhammad bin Hassan yang sangat prihatin dengan pendidikan anak-anak DUN Rantau dan sentiasa memberi cabaran, peransang dan sumbangan untuk sekolah menjalankan program-program pendidikan.


Thursday, January 5, 2012

Ceritera Hari Ini 5 Januari 2012



Bermula kelas awal pagi, tekak sudah mula sakit dan gatal. Suara mula serak dan hampir tidak mahu keluar. Bagi meredakan kesakitan, paksa diri minum air dengan banyak dan makan gula-gula Fisherman Friend.  Semakin lama, suara semakin hilang. Aduh.... kelas penuh hari ini. Tahun 2 BM...nak cakap banyak tak boleh jadi terangkan sikit dan bagi meraka kerja banyak supaya mereka senyap dan mendapat sesuatu yang berharga. Seronok ramai yang boleh membina ayat.

Kelas Sains, Tahun 6. Terangkan tajuk pertama untuk Tahun 6. Harap semua faham dan salin nota. Bagi kerja rumah...hope mereka akan buat atau akan dapat hadiah.... jika tak buat. Muzik...aduh...nak ajar nyanyi memang tak boleh, jadi minta mereka salin lagu. 3 lagu sekali gus iaitu lagu wajib semasa perhimpunan. Ada yang menyalin sambil menyanyi dan ada yang tidak hafal. Anak-anak sekarang kalau lagu yang entah apa2 tu cepat je hafal walaupun kali pertama dengar. Tapi lagu yang dinyanyi setiap minggu kadang-kala ada yang tak hafal lirik. Anak-anak perlu diberi ingatan tentang tanggungjawab mereka kepada negara dan mempunyai jati diri.