Saturday, April 27, 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU ADIKKU NURHANI SYAFINAZ BINTI ABDUL AZIZ

Terasa baru semalam melihat kau lahir ke dunia. Memberi mu nama yang ku rasa begitu indah untukmu. Melihat kau membesar dan berkongsi rasa suka dan duka. Meneliti perjalanan hidupmu yang penuh bersulam liku-liku dan kemanisan.

Akhirnya kau berjumpa dengan seseorang yang akan sentiasa bersamamu selepas ini mengharungi suka dan duka sepanjang kehidupanmu selepas ini. Semoga kau tabah mengharungi liku-liku rumahtangga dan bersabar dengan dugaan yang mendatang. Laluinya dengan penuh tertib dan syukur kerana kebahagiaan hidupmu kini terletak pada redha suamimu.

Thursday, April 4, 2013

CERITERA HARI INI 4 APRIL 2013

MENTAL KOYAK- Itulah istilah untuk hari ini. Letih dengan arahan demi arahan yang rasa tak masuk akal. Penat dan rasa marah yang silih berganti mendatangi diri. Aduhai........semakin hari semakin celaru dan membosankan. Ya Allah berilah aku kekuatan mental, fizikal dan emosi untuk menghadapi semua ini agar aku dapat menjalani hidup dengan gembira dan senang hati.

Tugas-tugasku semakin mencabar......oh.....kau berilah aku sedikit kesabaran dalam menangani karenah dan permintaan yang bagiku dah tak masuk akal ni. Kuatkan semula mental dan emosiku agar aku dapat menjalankan tugas-tugasku dengan baik dan lancar.