Saturday, February 14, 2015

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU



  1. Sekolah Kebangsaan Seliau telah diasaskan oleh Tn Hj. Yaakob bin Jali. Beliau telah menjadikan rumahnya sendiri sebagai sekolah iaitu di Kampung Saga. Penekanan utama akademik adalah tertumpu kepada pelajaran agama sahaja. 
  2. Secara rasminya sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 1924 dengan diberi nama Sekolah Melayu Seliau. Bangunannya hanya merupakan sebuah rumah yang disewa dengan harga RM 5.00 sebulan.
  3. Kelasnya berlantaikan tanah. Ini menggambarkan secara keseluruhan prasarananya begitu daif sekali.
  4. Pada 1 Januari 1927, sekolah ini telah berpindah ke rumah yang lebih selesa dengan sewaan RM 15.00.
  5. Akhirnya pada 29 Mac 1928, sekolah ini secara rasminya dipindahkan ke bangunan baru (Blok Ibnu Khaldun) yang terletak di Kampung Seliau.
  6. Pada tahun 1952, sekolah ini mendapat bangunan tambahan yang dibina atas ihsan orang-orang kampung.
  7. Pada tahun 1959, sekolah ini mendapat tandas baru dan pada 7 Disember 1968, bangunan baru yang mengandungi dua bilik darjah mula digunakan bersama tandas pam.
  8. Pada 1981, bangunan baru dan kantin mula dibina. Bangunan yang mengandungi bilik darjah dan pejabat serta kantin ini mula digunakan pada 28 Ogos 1982.
  9. Bangunan gotong-royong yang mengandungi empat buah kelas siap pada Disember 1989. Sekolah turut mendapat bangunan prasekolah pada tahun 2002 dan makmal komputer pada 2003. Tandas baru turut dibina menggantikan tandas lama pada tahun 2007.
  10. Sekolah mendapat bangunan baru empat tingkat yang didirikan pada tapak bangunan gotong-royong pada tahun 2009. Bangunan ini diserahkan secara rasminya pada 29 Mei 2009.
  11. YAB Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad b Hassan telah merasmikan bangunan baru ini pada 11 Disember 2010 bersempena Sambulan Jubli Intan sekolah.
  12. Sekolah telah mendapat Anugerah Sekolah kluster Kecemerlangan pada tahun 2012.

No comments:

Post a Comment