Saturday, February 14, 2015

KERTAS KONSEP: Pengunaan “QC” Bagi Meningkatkan Kualiti Pencapaian Matapelajaran Sains UPSR SK Seliau




       SK Seliau merupakan Sekolah Kurang Murid yang terletak di luar bandar. Pendapatan ibu bapa adalah pada tahap sederhana dan ini memberi kekangan kepada mereka untuk menyediakan peluang-peluang pendidikan yang sempurna kepada anak-anak mereka. 
     Murid-murid kurang membaca dan membuat latihan terutama subjek Sains. Pengetahuan matapelajaran Sains mereka sangat sedikit dan tidak dapat memahami kehendak soalan kerana kekurangan tersebut. Setiap awal tahun murid-murid tahun 6 dikenalpasti mempunyai masalah menjawab Bahagian A  Kertas Sains disebabkan kurang latihan dan tidak mengingati tajuk-tajuk terdahulu yang dipelajari di tahun empat dan lima. 
   Murid-murid ini perlu didedahkan dengan cepat kepada soalan-soalan yang dapat membantu mereka menguasai Bahagian A. Selain itu, melalui latihan, murid-murid ini dapat mengingati semula sesuatu tajuk yang telah diajar.   Bagi meningkatkan pengetahuan mereka, murid-murid ini perlu membuat sekurang-kurangnya 200 soalan seminggu. 
      Bagi meningkatkan minat murid menjawab soalan bahagian A, mereka perlu diransang dengan pembelajaran kendiri. Oleh itu, bagi menyelesaikan masalah ini, penggunaan kad soalan (Question Card)‘QC’ dapat membantu murid-murid  membuat latihan secara cepat dan berkesan serta mengetahui prestasi mereka dengan segera. 
       Kad soalan (Qustion Card) ‘QC’ tersebut disediakan satu soalan satu kad dan  disertakan dengan jawapan. Murid-murid diberi peluang untuk menggunakan kad ini apabila mereka mempunyai kelapangan masa. Setiap murid boleh mengambil 5 kad sahaja pada satu-satu masa supaya mereka tidak bosan menjawab soalan yang banyak dan memeriksa jawapan serta merta. 
     Murid-murid akan bertukar-tukar soalan dengan rakan-rakan dan ini menimbulkan sikap berlumba-lumba untuk menyiapkan soalan mereka dengan segera. Mereka akan bergerak selepas menjawab lima soalan untuk mengelakkan kebosanan membuat latihan.  Pendekatan ini telah berjaya meningkatkan prestasi murid-murid dalam Bahagian A kertas Sains. 
     Ini dapat dilihat  pertambahan  bilangan pelajar yang mendapat A matapelajaran Sains UPSR tahun demi tahun dan seterusnya meningkatkan prestasi sekolah.

No comments:

Post a Comment