Thursday, October 27, 2011

Cinta Bunga-bunga .....Bunga-bunga Cinta

Cerita tentang bunga ni memang suka. Ada kena mengena dengan subjek yang diajar di sekolah...Sains. Tema Flora ni memang ada dalam subjek sains. Bunga yang nak diperkenalkan hari ini ialah bunga Tulip. Kenapa pilih tulip sebab bunga ni ada kena mengena dengan zaman dalam hati ada taman....kembangnya bunga-bunga cinta.

Tulip atau nama saintifiknya Tulipa. Tulip boleh didapati di kawasan selatan Eropah, utara Afrika, dan Asia dari Anatolia dan Iran dari timur ke timur-laut China dan Jepun. Bunga ini bukan dihadiahkan kepadaku mungkin kerana sukar untuk didapati di Malaysia mesti special order. Namun lukisan bunga tulip yang pernah diterima tatkala bercinta meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan.

Tulip yang mempunyai lebih 100 jenis spesies menjadi lambang cinta kami. Nanti nak post gambar lukisan bunga tulip yang diterima. Ada pelbagai versi merujuk kepada keadaan kami pada waktu itu. Kini bunga ini ku abadikan di skrin komputer agar aku sentiasa mengingati detik-detik percintaan lalu agar terus segar di hati.


No comments:

Post a Comment