Thursday, October 27, 2011

Ceritera hari ini.....27 Oktober 2011

Pagi-pagi seawal 5.00 am bangun, gosok baju, mandi solat, sarapan....pergi kerja. Siapkan kerja,mengajar dan mesyuarat. Balik cepat-cepat mandi, solat dan pergi facial. Lega dapat berehat-rehat sambil dibelai. Balik, solat dan hantar adik mengaji...hari ni makcik dia tidak ada di rumah. Tunggu kat depan rumah ustaz aje dan balik. Habis satu hari ......rutin harian yang mesti dilalui setiap hari.


Malam...solat, hantar angah tuisyen, pergi beli barang...balik sambung balut hadiah. Tak siap juga sebab pembalut dah habis. Harap esok boleh selesaikan di sekolah.

Teringat hari ni belum menulis lagi, tengah kemaruk ni nak menulis. Dah lama tinggalkan bila sibuk melanda. Bagus juga dapat menulis ni boleh hilangkan tekanan kerja. Saps belum siap lagi, bila nak siapkan ni..mood tak ada pulak. Tak apa esok ada lagi, boleh buat....

Untuk hari ni, cukuplah dua cerita dah post. Selamat malam.......

No comments:

Post a Comment