Friday, October 28, 2011

Ceritera hari ini....28 Oktober 2011

Bangun 5.30, lipat baju....mandi, solat dan siap pergi kerja. Sidai baju dulu, kemudian sarapan baru pergi kerja.Hari ini laluan ke tempat kerja lapang je, banyak sekolah masih cuti Deepavali...alangkan seronoknya kalau tiap-tiap hari macam ni. Hilang sesak kepala.

Majlis bacaan Yassin dan kemudian perjumpaan dengan pelajar yang akan mengikuti program ke Selangor. Sebelum tu tengok cenderahati yang ditempah dari Rembau Kristal, cantik nampak eksklusif, touch up sikit bagi cantik lagi. Dah ok lah. Siapkan balut cenderahati lagi 6... guna je pembalut apa yang ada..janji berbalut. Siap dan susun dalam kotak. Lega kerja dah siap...pergi makan-makan..

Habis kelas....siapkan akaun untuk program..kumpul barang yang nak dibawa balik...siap. Jam 12.20tgh balik..Rehat...Pukul 2.00 gerak ke Gemencheh ...ambik alang kat ITQAN....sampai rumah 4.30 pm.

Rehat jap...makan-makan...solat....pergi ke Kompleks Rakan Muda kat Paroi..untuk bertugas sebagai penunjuk arah sempena Majlis Khatam Al Quran beramai-ramai peringkat Negeri Sembilan. Selesaikan pendaftaran sekolah dulu, ambik makanan roti..air mineral...dannnnnnnn......KFC. Beratlah pulak tak larat nak angkat.. tunggu murid sampai minta tolong angkat.

6.30 ptg kerjapun macam dah selesai je.....gerak ke arah pintu pagar untuk balik sebab ada kerja lagi nak buat untuk bawa esok. Tunggu hubby ambik..... balik solat Maghrib. Lipat baju....selesai.....solat Isyak....

Masukkan kuih dalam bekas, lekatkan ucapan terima kasih....siap...baru selesa nak menulis....sambil tu upload gambar kat majlis tadi. Ok kerja semua dah siap, Selamat Malam....nak tidur cepat sebab esok nak bangun cepat sebab nak gerak cepat ke Selangor.

No comments:

Post a Comment