SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU
SEK. KLUSTER KECEMERLANGAN
71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN D.K
Berpegang kepada pepatah “jauh
berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman”, maka Sekolah
Kebangsaan Seliau telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala
Lumpur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program
yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara
langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan
guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan
dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat murid.
2.0 RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara,
maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada
murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka
untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu,
lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha
membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang
lebih baik.
3.0 OBJEKTIF
1.
Diharapkan program ini dapat
dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina keyakinan
diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
2.
Dapat membuka minda dengan
suasana dan pengalaman yang baru.
3.
Dapat memberi keyakinan kepada
murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
4.
Memberikan inspirasi kepada murid
dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran yang lebih kondusif.
4.0 DESTINASI
Kilang
Coklat, Kidzania
5.0 PERLAKSANAAN
LAWATAN
Tarikh : 25 April 2015
Hari
: Sabtu
Masa
: 7.00 pagi – 7.00 petang
6.0 KUMPULAN
SASARAN
Program ini
disasarkan kepada murid-murid tahap 2.
7.0 KUTIPAN
KUTIPAN
|
JUMLAH
|
|
Kutipan Murid
Kutipan Guru
|
40 x RM 110.00
4 x RM 110.00
|
RM 4400.00
RM 440.00
|
JUMLAH
|
|
RM 4840.00
|
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
|
KUANTITI
|
JUMLAH
|
Bas
|
1 x
RM 600.00
|
RM 600.00
|
Kidzania
|
40 x RM 85.00
(murid)
4 x RM 85.00 (guru)
|
RM 3400.00
RM 340.00
|
Makanan
|
40 x
RM10.00 (murid)
|
RM 400.00
|
|
4 X
RM10.00 (guru)
|
RM 40.00
|
Air Mineral
|
|
RM 20.00
|
JUMLAH
|
|
RM 4840.00
|
9.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
Pengerusi
|
:
|
En Azman bin Ambia
(Guru Besar SK Seliau)
|
Naib Pengerusi
|
:
|
Pn. Anis binti
Md Nasir
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
|
Setiausaha
|
:
|
Pn Siti Maryama binti Zakaria
|
Bendahari
|
:
|
Cik Nor Aidah bt Mohd Sulong
|
AJK Dokumentasi
|
|
En Faiz Nor b Ahmad
|
AJK Pengangkutan
|
:
|
Pn. Siti Norzaliza binti Razali
|
AJK Makanan dan Minuman
|
:
|
Pn. Ashbenoriemie binti Che Ghani
|
10.0
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA
a) SETIAUSAHA
Menyediakan
surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan.
Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan
program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.
b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan
dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.
Menghubungi
pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta memastikan kedudukan murid semasa di dalam
bas.
d) JK MAKANAN
Menguruskan
makan dan minum murid sepanjang lawatan.
e) JK DOKUMENTASI
Membuat
laporan tentang lawatan
11.0
TENTATIF LAWATAN
07.00 AM – 08.30 AM BERTOLAK KE KUALA LUMPUR
08.30 AM – O8.40 AM KUDAPAN
09.00 AM – 10.00 AM KILANG COKLAT
10.00 AM BERTOLAK KE KIDZANIA
11.00 PM – 04.00 PM KIDZANIA
4.00 PM BERTOLAK
BALIK
7.00 PM DIJANGKA SAMPAI DI SK SELIAU
12.0
PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini
diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada murid-murid Sekolah
Kebangsaan Seliau. Melalui program ini juga murid diberi pendedahan dan
pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan.
Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada
masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang
mengikuti lawatan ini.
Disediakan oleh :
………………………………
(SITI MARYAMA BINTI ZAKARIA)
Setiausaha Lawatan
Sek. Keb. Seliau
71200 Rantau
N.S.D.K
|
Disahkan oleh :
……………………………
(ANIS BINTI MD NASIR)
Penolong
Kanan HEM
Sek. Keb. Seliau
71200 Rantau
N.S.D.K
|
|
mohon share yer...tq
ReplyDeleteMohon share...terima kasih
ReplyDeleteTHANKS ADMIN ! INTI PATINYA SUNGGUH BERGUNA. :)
ReplyDeletemohon share
ReplyDeleteTerima kasih..sy share ya
ReplyDeleteTERIMA KASIH... SAYA SHARE YE CIKGU..
ReplyDeleteSY SHARE YE
ReplyDeletemohon share.. tm ksh
ReplyDelete