Sunday, March 8, 2015

KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR



SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU
SEK. KLUSTER KECEMERLANGAN
71200 RANTAU
NEGERI SEMBILAN D.K



1.0      PENDAHULUAN
Berpegang kepada pepatah “jauh berjalan, luas pemandangan, banyak  pengalaman”, maka Sekolah Kebangsaan Seliau telah bercadang untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid sekolah. Melalui program ini juga, diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.

2.0      RASIONAL
Selaras dengan hasrat Negara, maka program ini diadakan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada murid-murid sekolah rendah. Melalui aktiviti seperti ini, keyakinan mereka untuk berhadapan dengan masyarakat akan dapat dipertingkatkan. Selain itu, lawatan seperti ini merupakan satu aktiviti sosial yang penting dalam usaha membuka minda dan memberi inspirasi kepada murid untuk meneroka masa depan yang lebih baik.

3.0     OBJEKTIF
1.      Diharapkan program ini dapat dijadikan sebagai landasan kepada  murid-murid untuk membina keyakinan diri melalui aktivti sosial yang bersesuaian.
2.      Dapat membuka minda dengan suasana dan pengalaman yang baru.
3.      Dapat memberi keyakinan kepada murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
4.      Memberikan inspirasi kepada murid dan guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif.



4.0       DESTINASI
            Kilang Coklat, Kidzania
           
5.0       PERLAKSANAAN LAWATAN
           
            Tarikh              : 25 April 2015
            Hari                 : Sabtu
            Masa               : 7.00 pagi – 7.00 petang

6.0       KUMPULAN SASARAN

            Program ini disasarkan kepada murid-murid tahap 2. 
7.0      KUTIPAN
KUTIPAN
JUMLAH
Kutipan Murid
Kutipan Guru
40 x RM 110.00
  4 x RM 110.00
RM    4400.00
RM     440.00

JUMLAH


RM    4840.00  
      
 
        



8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
PERKARA
KUANTITI
JUMLAH
Bas  
  1 x RM 600.00
RM     600.00
Kidzania
40 x RM 85.00 (murid)
  4 x RM 85.00 (guru)
RM   3400.00
RM     340.00
Makanan
40 x RM10.00 (murid)
RM     400.00

4 X RM10.00 (guru)
RM       40.00
Air Mineral

RM       20.00
JUMLAH

RM    4840.00

9.0    AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi
:
En Azman bin Ambia
(Guru Besar SK Seliau)
Naib Pengerusi
:
  Pn. Anis binti Md Nasir
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha
:
Pn Siti Maryama binti Zakaria
Bendahari
:
Cik Nor Aidah bt Mohd Sulong
AJK Dokumentasi

En Faiz Nor b Ahmad
AJK Pengangkutan
:
Pn. Siti Norzaliza binti Razali
AJK Makanan dan Minuman
:

Pn. Ashbenoriemie binti Che Ghani


    








 10.0    TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB AHLI JAWATANKUASA

 
a) SETIAUSAHA
Menyediakan surat menyurat, menghubungi pihak-pihak yang terlibat dengan proram lawatan. Memaklumkan kepada Pengerusi/Naib Pengerusi tentang perkembangan terkini urusan program. Membuat follow up pada setiap AJK. Menyediakan semua tindakan AJK.

b) BENDAHARI
Menerima wang pendapatan, kutipan dan sumbangan. Mengawasi perbelanjaan dan menyelaraskan wang keluar masuk.

c) JK PENGANGKUTAN
Menghubungi pihak bas, bayaran, memastikan mempunyai permit dan insurans serta  memastikan kedudukan murid semasa di dalam bas.

d) JK MAKANAN
Menguruskan makan dan minum murid sepanjang lawatan.

e) JK DOKUMENTASI
Membuat laporan tentang  lawatan

11.0    TENTATIF LAWATAN
07.00 AM – 08.30 AM           BERTOLAK KE KUALA LUMPUR
08.30 AM – O8.40 AM          KUDAPAN
09.00 AM – 10.00 AM           KILANG COKLAT
10.00 AM                                BERTOLAK KE KIDZANIA
11.00 PM – 04.00 PM             KIDZANIA
4.00 PM                                   BERTOLAK BALIK
            7.00 PM                                  DIJANGKA SAMPAI DI SK SELIAU

12.0    PENUTUP
Dengan adanya program lawatan ini diharap dapat memberi satu pengetahuan baru kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Seliau. Melalui program ini juga murid diberi pendedahan dan pengalaman yang kemudiannya boleh dikongsi bersama-sama rakan-rakan. Pengetahuan dan pengalaman ini juga boleh digunakan sebagai panduan hidup pada masa hadapan. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada semua peserta yang mengikuti lawatan ini.


Disediakan oleh :  

………………………………
(SITI MARYAMA BINTI ZAKARIA)
Setiausaha Lawatan
Sek. Keb. Seliau
71200 Rantau
N.S.D.K
Disahkan oleh :

……………………………      
(ANIS BINTI MD NASIR)
Penolong Kanan HEM
Sek. Keb. Seliau
71200 Rantau
N.S.D.K






8 comments: