Saturday, August 21, 2010

Sahabat, Teman, Teman tapi mesra (Part 2)

Julai 1986 aku mendaftar diri kat MPSK. Induk dan suami yang hantar. Dah daftar, aku di tempatkan di Flat Yokor. Macam nama Jepun je. Kat mana diorang dapat nama, akupun tak tahu. Yang aku tahu maktab ni tak ada asrama jadi mereka sewakan rumah-rumah tapi bukan rumah sebenarnya yang ada hanya flat2. So pergilah mendaftar kat situ dapat tingkat 1. Alhamdulillah suasana begitu selesa berbanding dengan flat kat belakang Hospital Tawakal. Ada ruang tamu yang besar, siap meja lagi. Mejapun besar2. Bilik mandi yang selesa untuk setiap bilik dan ruang dapur. Sebagai anak felda yang serba kekurangan, keselesaan itu membuatkan aku bertekad untuk memburu kejayaan dalam pengajianku di sini.

Minggu orientasi bermula. Ramai gak senior cari bukan sebab kenalpun tapi sebab kakak dan abang ipar kat maktab ni dulu. Masih ada junior2 dia. Kenallah senior2 tu. Setakat kenal je walaupun ada freshie yang terus lekat dengan abang senior sejak minggu orientasi lagi.

Misi yang belum selesai. Tak nak layan sangat bab-bab ni walaupun MPSK tu menurut senior mencari pasangan sebelum keluar. Tak apa kot sebab lama lagi nak keluar. Ada gak kata aku dah tunang sebab apa entah. Mungkin cincin yang aku pakai, padahal cincin tu aku tempah sendiri. Cincin tupun entah mana dah.

Di sini aku bertemu sahabat-sahabat baru. Yang paling rapat Kak Nab dan Kak Farid. Miss you all. Sebab aku rapat dengan mereka kerana duduk sama tingkat walaupun tak sama bilik tapi satu kelas. Kalau ada muka aku, adalah muka dua orang sahabat ku ini.Seronok menjalani hidup kat MPSK ni sebab tiap-tiap minggu boleh balik rumah Induk kat Kem Sungai Besi, boleh pergi Chow Kit, lepak kat Tasik Titiwangsa dan meronda shopping complex yang ada kat KL. Teman-teman sebilik semua baik-baik dan mesra rakyat. Kami selalu masak dan makan bersama-sama. Ada gak lah ikut mereka balik ke kampung. Itupun Kak Liza kat Kg Sekendi, Kak Maizan kat Kepong, Kak Nab kat kajang dan Kak Farid kat Muar. Pengalaman naik basikal kat Muar, nasib tak jatuh parit sebab aku bukan terror sangat naik basikal. Last-last kak Farid yang bawa aku.

Masa terus bergerak. Aku terus dengan misi ku yang belum selesai. Peperiksaan setiap semester ditempuh dengan penuh tenang. Macam biasa aku suka study atas katil je. Orang lain berlumba2 pergi library siang malam tapi  aku duduk atas katil, study sebab tak suka suasana bising. Tak dapat apa pun nanti, asyik nak tengok orang je. Aku memang hobi observe orang, lepas tu buat conclusion. Ha..ha..Paling suka bila nak balik kampung. Kena naik bas kat Puduraya. Orang ramai, so lagi banyak orang boleh diobserve. Pernah jatuhpun kat tangga Puduraya tu sebab bawa beg berat sangat, tangga tu pulak tinggi. Selalu aku balik sorang2 je sebab tak ada sahabat baik yang satu aliran dengan ku arah ke Gemas. Apalagi tidur sepanjang perjalanan. Kenyang tidur 3 jam. Masa tu highway belum panjang lagi macam sekarang setakat KL-Seremban je itupun tak sampai Seremban betul2.


Sambung part 3

No comments:

Post a Comment