Friday, August 20, 2010

Sahabat, Teman, Teman tapi mesra (Part 1)

Di mana ya ingin bermula? Mulanya di sini, Darjah 1
Masuk Darjah 1 Tahun 1974, SKSK dalam kenangan. Dengan penuh takut sebab tak pernah sekolah, aku melangkah ke sekolah ditemani ayah. Oleh kerana saizku yang kecil, ayah macam minta tangguh je tahun depan baru masuk sekolah. Masih ku ingat Cikgu Sabariah, guru kelas, lembut je pujuk aku sekolah sebab dah cukup umur untuk sekolah. Mula kenal sahabat2 di kelas, sama dengan mula kenal A, B, C hingga Z. Tak tau bacapun masa tu sebab tak pernah sekolah. Sahabat sekelas antaranya Norian, Hanida, Maizura, Norliza dan ramai lagi. Aku di situ sampai Darjah 5 je. Kemudian pindah ke SK Linggi. Jumpa sahabat2 baru tapi satupun tak ingat dah sebab setahun je kat situ ikut Induk.

1980 mula era sekolah menengah. Best dan menyeronokkan coz jumpa kawan-kawan baru. Ya TBS dalam kenangan. Duduk di asrama menyebabkan aku begitu rapat dengan sahabat2 dan senior2. Kenangan bersama  Ida, Ana, Su, Raz dan  Ayang di asrama sentiasa mekar begitu juga Zsa2 dan Lina kerana hanya kami 8 orang di kelas dari Ting 1 hingga 3.

1983 masuk ke STTJ. Boleh tahan 2 minggu je. Tak ingat langsung kawan2 kat situ siapa, yang aku tahu kesihatanku terjejas dan aku melarikan diri ke SMTAR Gemas. Melarikan diri? Mungkin istilah tu sesuai kot sebab aku tak boleh ke TBS semula, jadi aku duduk rumah. Satu lagi era baru dalam hidup ku. Kat sekolah tu sampai SPM. Jumpa semula sahabat2 lama di SKSK dulu dan sahabat baru.

1985 masuk ke TMS, ting 6. Nasib dapat masuk, boleh sambung belajar. Jumpa sahabat2 dari SMTAR di situ. Pening sebab sekolah tu sekolah lelaki, yang perempuan ada kat ting Khas atau 6 je. Duduk rumah sewa, jumpa sahabat baru Kak Nani, Kak Maria dan ..... dah tak ingat nama.

1986 dapat tawaran ke Maktab Peguruan Seri Kota, KL. Dah tak wujud lagilah nama maktab tu.
Sambung nanti Part 2.

No comments:

Post a Comment