Ramadhan, datangnya ditunggu penuh kerinduan. Sampaikanlah aku hingga ke akhirnya agar dapat melembut dan mendidik hati ini dalam Istiqamah melakukan kebaikan.
Kedatangan Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan isu baju raya, kuih raya, persiapan menyambut Hari Raya.
Teringat waktu kecil, mak selalu buat kuih, guna oven yang warna hitam. Macam-macam kuih mak buat. Kena tolong juga mak buat kuih. Kalau mak buat kuih bangkit, aku tukang sepit kuih tu, sampai tercabut tepungpun ada bila disepit. Kuih yang hangus, asingkan nanti bila berbuka boleh makan. Paling best kalau mak buat kuih lepas berbuka. Masak je masuk mulut, nasib mak selalu buat banyak-banyak. Kadang-kadang berebut cetak kuih, sampai kena marah dengan mak.
Paling suka kalau mak buat sagun. Sedap tapi nak makan susah, tak boleh bercakap nanti berterabur keluar. Jadi makan kena tutup mulut, takut kena marah kalau tersembur.
Bab baju raya, selalu mak jahit baju kami adik beradik perempuan. Masa tu rasa baju kitalah paling cantik. Sekarang baju semua tempah je.
Cerita persiapan hari raya, aku suka bab kemas-kemas je. Jangan suruh masak-masak sebab tak tahan asap. Dulu-dulu masak semua pakai kayu. Berair mata dan hidung bila asap banyak. Tambah kalau masak rendang ayam kampung. Punyalah lama nak tunggu rendang tu siap. Belum lagi buat lemang. Proses membuat dah lah leceh, nak tunggu lemang masak lagi mencabar. Dahlah puasa, lemang tu kena selalu pusingkan supaya masak rata.
Apabila tiba pagi Hari Raya, pagi-pagi mak dah kejut suruh mandi supaya senang dia nak siapkan. Masih ingat mak kemaskan rambut supaya cantik bila pergi ziarah rumah jiran-jiran. Lepas tu tolong mak sediakan juadah untuk dihidangkan pada keluarga dan tetamu.
Selepas memohon maaf daripada mak dan ayah, kamipun mula berziarah dari satu rumah ke satu rumah, dari pagi hingga petang. Dulu rasanya tak de pun orang bagi duit-duit raya ni. Pergi ziarah rumah jiran sebab nak tunjuk baju baru, kasut baru, rambut yang mak dah set dengan kawan-kawan.
Sekarang semua kerana nak kutip duit. Datang rumah jiranpun langgar adab sebab tujuan utama hanya nak kutip duit. Kadang-kadang masuk sekejap je kat rumah, minum lebih kurang dah nak balik. Tak sempatpun berkenalan. Kalau dulu siap kenalkan diri sambil berbual-bual dengan tuan rumah. Ada masa siap tolong cuci pinggan, cawan sebelum balik. Semua makcik-makcik kat blok semua kenal. Kalau bukan hari raya, tak sampailah rumah mereka. Kalau jumpapun masa kenduri tapi, bukan rajinpun ikut mak pergi. Tunggu mak balik je, bawa bekalan. Lagi-lagi bila dah mula kerja...ha...ha..ramai sangat yang berkenan nak buat menantu. Lagilah susah nak tengok aku pergi rumah jiran-jiran walaupun hari raya.
Paling ingat bila tiba hari raya ni, rendang yang arwah uwan dan andah buat. Al-Fatihah untuk mereka. Banyak memori indah untuk dikenang bila tiba bulan Ramadhan kerana keberkatannya. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
Friday, June 26, 2015
Tuesday, June 23, 2015
KENANGAN DI BULAN RAMADHAN
Ramadhan datang lagi. Alhamdulillah dapat lagi bertemu Ramadhan kali ini. Jadikanlah Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya. Didiklah hati ini ke arah mencari redhaMu ya Allah.
Kedatangan Ramadhan sering ditunggu kerana keberkatan dan di dalamnya terbentang ruang-ruang pahala yang berlipat ganda. Sering aku yang lalai ini teringat akan kenangan-kenangan dalam melalui Ramadhan ini.
Sewaktu kecil, sering mengikut mak ke surau untuk bertarawih, biarpun ketika itu masih belum mengetahui cara untuk bersolat dengan betul. Hanya kerana seronok untuk bermain tatkala orang lain bertarawih.
Apabila aku duduk di asrama, apabila Ramadhan tiba, yang paling aku ingat ialah juadah berbuka yang banyak sehingga kami terpaksa bawa bekas untuk tapau kerana memang tak habis. Kami hanya solat tarawih di surau asrama. Paling teringat bila bangun sahur, biasa warden yang kejut. Dengan muka terpisat-pisat masuk bilik air, berus gigi dan turun dewan makan. Dahlah dewan makan tu jauh, sampai tak sampai je jalan nak pergi makan. Kadang-kadang sekadar isi perut je, jangan lapar sangat. Cepat-cepat makan sebab nak berebut mandi dan sambung tidur sekejap sebelum subuh.
Masuk ke maktab, jarang sahur berat-berat sebab tak larat nak masak pagi-pagi. Buat air dan makan biskut je. Takpun ada yang rajin masak nasi bolehlah makan nasi goreng pagi-pagi.
Mula mengajar, best kat rumah semua rajin, buka puasa penuh, sampai tak larat makan. Sahur ada giliran masak untuk semua. Kalau tak memang tak de lah. Tak ingat dah apa yang aku selalu masak. Goreng telur aje kot. He..he.. resepi orang rajin. Janji ada juadah untuk bersahur.
Paling ingat apabila dah bergelar isteri, sebelum ada anak, memang rajin bangun sama-sama buat juadah bersahur. Bila dah anak, masa nak bangun tu lah dia nangis, nak susu, nak tukar lampin, nak buailah.. jadi kenalah makan gilir-gilir. Nasiblah En suami sangat memahami. Selalu dia yang bangun sediakan juadah bersahur, dah siap baru panggil.
Apabila berpindah ke tempat keluargaku, aku menjadikan rutin berbuka bersama-sama keluargaku pada setiap petang. Kami akan masak dan bawa ke rumah mak untuk berbuka bersama-sama apabila aku mula duduk di rumah guru. Miss that moment now bila berpindah ke Seremban ni.
Teringat pelbagai peristiwa apabila berbuka di rumah mak. Anak-anak yang tak berpuasa biasanya akan makan dahulu dan tidak mengganggu orang yang berbuka. Anak ku yang ketiga dan keempat agak rapat dan mereka akan bermain bersama-sama ketika kami berbuka. Suatu hari, abang telah memasukkan reja-reja benang yang dijumpai ke dalam telinga adik. Selesai berbuka, adik dah menangis sakit. Usai solat Maghrib aku dan suami membawa dia ke klinik tetapi tidak boleh di keluarkan. Akhirnya aku terpaksa membawanya ke hospital untuk melakukan prosedur pembedahan untuk mengeluarkan 'benda' yang dimasukkan ke dalam telinga adiknya itu.
Satu hari satu malam terpaksa duduk di wad untuk mematuhi prosedur tersebut. Bersahur dan berbukalah aku dan suami di hospital manakala anak-anak kami tinggalkan di rumah makcik. Paling sedih, ketika kami berbuka, anakku itu perlu berpuasa 8 jam untuk persediaan sebelum masuk ke bilik pembedahan. Kami terpaksa berbuka bergilir-gilir di luar wad supaya dia tidak nampak kami makan. Akupun hanya boleh makan kueh je pun. Tak lalu, memikirkan nak cepat solat untuk bersedia ke bilik pembedahan.
Sebenarnya masa tu pun aku tengah pening nak siapkan kerja kursus yang perlu dihantar sebelum hari raya. Aku akhirnya terpaksa membawa semua buku-buku dan nota balik ke kampung suami untuk menyiapkan kerja kursus sebelum hari raya menjelang lantaran masaku terpaksa dihabiskan di hospital sebelumnya. Nasib dapat disiapkan mengikut jadual.
Ramadhan pada tahun 2003 adalah yang paling seronok aku dan keluarga sambut setelah aku menamatkan pengajian sarjana mudaku. Kalau tidak sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal, kami bergelut dengan peperiksaan dan kerja kursus. Aku selalu meluangkan masa 3 hari sahaja untuk menyambut Syawal sepanjang pengajianku untuk menziarahi saudara mara terdekat. Selepas itu, akan mula mengadap buku dan komputer. Oleh itu, apabila tamat pengajian, anak-anak yang seronok menjalani bulan Ramadhan kerana aku akan mengikut mereka ke surau untuk Tarawih dan melayani permintaan mereka untuk membuat kuih untuk Hari Raya selain dapat beraya lebih lama. Ramai saudara mara dan rakan-rakan yang dapat diziarahi.
Apabila aku menyambung pengajianku semula, aku jadi terbiasa berbuka di bilik kuliah apabila kelas bermula pukul 6.00 petang hingga 9 malam. Kami berhenti untuk berbuka dan solat Maghrib. Selalunya aku akan menyediakan juadah berbuka untuk anak-anak sebelum ke kuliah. Mereka akan berbuka sendiri atau bersama adikku jika dia datang ke rumah. Suami akan menunggu aku habis kuliah, baru balik bersama-sama kerana ketika itu, dia bertugas di Putrajaya. Nasiblah jadual kuliah yang macam tu satu hari je seminggu.
Kini Ramadhan sangat menggembirakanku kerana dapat menyiapkan juadah untuk berbuka biarpun simple je dan berbuka bersama-sama anak-anak kemudian menunaikan solat Tarawih. Suraupun depan rumah je memudahkan anak-anak lelaki dan suamiku untuk menunaikan solat. Kenangan menjalani Ramadhan tetap diingati dan semoga Allah menyampaikan umur kami sehingga ke akhir Ramadhan agar kami dapat menikmati keberkatannya dan mendidik hati kami.

Tuesday, June 2, 2015
UJIAN DARI ALLAH
Tatkala membeli buku 'Bersyukur Saat Diuji', hati sudah terpaut untuk meneliti isinya. Ingin mengetahui bagaimana untuk rasa bersyukur dengan musibah yang melanda. Sabar...memang itulah yang sering dikatakan oleh rakan-rakan, teman, saudara mara atau sesiapa juga apabila kita ditimpa musibah atau malapetaka. Bagaimana kita perlu bersabar untuk menghadapinya?
Kadang-kala kita rasa sangat sedih, sayu, penat, lelah, tak mampu dan pelbagai perasan lagi timbul tatkala menghadapi ujian Allah ini biarpun kita tahu setiap kejadian itu ada hikmahnya.Membaca dan menghayati isi buku ini, terasa diri begitu kerdil dalam menghadapi ujian Allah. Baru sedikit diturunkan ujian, terasa diri sudah rebah. Tidak terus memohon kepada Allah untuk meminta kekuatan dan ketabahan. Ya Allah...ampunkan aku Ya Allah kerana dalam keadaan sukar sekalipun aku masih lalai mengingatimu apatah lagi di waktu senangku.
Anak-anak adalah amanah Allah. Namun anak-anak juga kadang-kala adalah ujian Allah pada kita. Adalah menjadi tanggungjawab kita dalam memberi didikan yang sepatutnya kepada anak-anak terutama dalam hal solat. Kita mampu untuk memastikan anak-anak kita solat apabila mereka berada di rumah, namun adakah kita dapat pastikan anak-anak kita mendirikan solat apabila jauh dari kita. Kita mungkin telah mengajar anak-anak kita solat, tetapi untuk pastikan mereka sentiasa solat selepas mereka tahu bersolat bukan mudah. Sebagai ibubapa kita perlu sentiasa memastikan mereka mula mempelajari solat seusia 7 tahun dan jika mereka enggan bersolat pada usia 10 tahun, pukullah dengan niat untuk mengingatkan mereka. Sebagai ibu bapa kita jangan putus berdoa agar anak-anak sentiasa mendirikan solat agar dapat mencegah mereka daripada melakukan perkara-perkara mungkar. Mudah-mudahan anak-anak akan tetap dalam imannya kepada Allah dan melaksanakan perintahNya serta meninggalkan laranganNya.
Dalam mendidik 4 anak lelaki, pengalaman dalam mendidik mereka mendirikan solat sering mencabar kesabaran. Memastikan mereka mula belajar solat tatkala menyambut hari lahir yang ke-7, dengan mengajar bacaan dalam solat, memastikan mereka sembahyang dengan bacaan yang betul setiap kali solat, amat menduga kesabaran. Namun apabila mereka sudah mula dapat mendirikan solat dengan bacaan yang betul, terasa kepuasan dan kesedihan bercampur menjadi satu. Besar sungguh tanggungjawab menjadi ibu bapa dalam menunaikan amanah Allah ini. Terasa begitu takut andai Allah uji dengan kita melalui anak-anak.
Terlalu banyak ujian yang perlu kami hadapi sebagai ibu bapa dalam membesarkan keempat-empat anak ini. Jika sakit pening, itu memang perkara biasa. Melihat anak bongsu mengalami kemalangan di depan mata adalah saat yang tak mungkin dilupakan. Syukur kerana Allah panjangkan umurnya, memberi peluang kepada kami untuk bersamanya sehingga kini. Menjaga anak ketiga yang mengalami sindrom tahan nafas apabila dia mengalami kesakitan, marah atau apa saja yang mengganggu emosinya sejak usia 6 bulan sering membuat kami tenggelam punca. Apatah lagi apabila melihat bibirnya yang kebiruan, boleh jatuh tiba-tiba. Doktor mengingatkan kami untuk sentiasa berjaga-jaga kerana jika anak ini pengsan, dia mesti disedarkan dalam tempoh yang cepat supaya tidak terjadi kerosakan otak. Abang-abangnya terutama yang sulong menjadi sangat prihatin dengan perubahan adiknya. Dia akan cepat-cepat bertindak jika adiknya mula kebiruan. Begitu juga ahli keluarga yang lain. Ujian ke atas kami melalui anak ini berlarutan sehingga umurnya 6 tahun. Setelah disahkan pertumbuhan dan perkembangannya normal oleh doktor pakar, kamilah orang yang paling bersyukur. Sesungguhnya Allah tidak menguji hambanya melebihi kemampuannya.
Belajar dari ujian-ujian Allah ini menjadikan kami, ibu bapa yang bersyukur tatkala diuji sewaktu anak-anak ditimpa kemalangan. Menjaga anak kedua yang mengalami kecederaan kaki yang menyebabkan dia terpaksa menangguh pengajiannya, memberi peluang kepada kami sentiasa bersamanya dan mempelajari banyak perkara yang melibatkan solat untuk orang yang terpaksa disimen. Hubungan adik-beradik menjadi rapat kerana mereka perlu memberi bantuan kepada anak ini.
Sesungguhnya dalam membina akhlak dan mendidik anak-anak adalah ujian paling besar buat ibu bapa. Ibu bapa perlu berganding demi mencorak masa depan anak-anak dan berikanlah didikan agama kepadanya. Ini kerana didikan agamalah kelak yang menjamin kelangsungan hidup mereka dan InsyaAllah memilik akhlak yang terpuji.

Subscribe to:
Posts (Atom)