Ramadhan, datangnya ditunggu penuh kerinduan. Sampaikanlah aku hingga ke akhirnya agar dapat melembut dan mendidik hati ini dalam Istiqamah melakukan kebaikan.
Kedatangan Ramadhan tidak dapat dipisahkan dengan isu baju raya, kuih raya, persiapan menyambut Hari Raya.
Teringat waktu kecil, mak selalu buat kuih, guna oven yang warna hitam. Macam-macam kuih mak buat. Kena tolong juga mak buat kuih. Kalau mak buat kuih bangkit, aku tukang sepit kuih tu, sampai tercabut tepungpun ada bila disepit. Kuih yang hangus, asingkan nanti bila berbuka boleh makan. Paling best kalau mak buat kuih lepas berbuka. Masak je masuk mulut, nasib mak selalu buat banyak-banyak. Kadang-kadang berebut cetak kuih, sampai kena marah dengan mak.
Paling suka kalau mak buat sagun. Sedap tapi nak makan susah, tak boleh bercakap nanti berterabur keluar. Jadi makan kena tutup mulut, takut kena marah kalau tersembur.
Bab baju raya, selalu mak jahit baju kami adik beradik perempuan. Masa tu rasa baju kitalah paling cantik. Sekarang baju semua tempah je.
Cerita persiapan hari raya, aku suka bab kemas-kemas je. Jangan suruh masak-masak sebab tak tahan asap. Dulu-dulu masak semua pakai kayu. Berair mata dan hidung bila asap banyak. Tambah kalau masak rendang ayam kampung. Punyalah lama nak tunggu rendang tu siap. Belum lagi buat lemang. Proses membuat dah lah leceh, nak tunggu lemang masak lagi mencabar. Dahlah puasa, lemang tu kena selalu pusingkan supaya masak rata.
Apabila tiba pagi Hari Raya, pagi-pagi mak dah kejut suruh mandi supaya senang dia nak siapkan. Masih ingat mak kemaskan rambut supaya cantik bila pergi ziarah rumah jiran-jiran. Lepas tu tolong mak sediakan juadah untuk dihidangkan pada keluarga dan tetamu.
Selepas memohon maaf daripada mak dan ayah, kamipun mula berziarah dari satu rumah ke satu rumah, dari pagi hingga petang. Dulu rasanya tak de pun orang bagi duit-duit raya ni. Pergi ziarah rumah jiran sebab nak tunjuk baju baru, kasut baru, rambut yang mak dah set dengan kawan-kawan.
Sekarang semua kerana nak kutip duit. Datang rumah jiranpun langgar adab sebab tujuan utama hanya nak kutip duit. Kadang-kadang masuk sekejap je kat rumah, minum lebih kurang dah nak balik. Tak sempatpun berkenalan. Kalau dulu siap kenalkan diri sambil berbual-bual dengan tuan rumah. Ada masa siap tolong cuci pinggan, cawan sebelum balik. Semua makcik-makcik kat blok semua kenal. Kalau bukan hari raya, tak sampailah rumah mereka. Kalau jumpapun masa kenduri tapi, bukan rajinpun ikut mak pergi. Tunggu mak balik je, bawa bekalan. Lagi-lagi bila dah mula kerja...ha...ha..ramai sangat yang berkenan nak buat menantu. Lagilah susah nak tengok aku pergi rumah jiran-jiran walaupun hari raya.
Paling ingat bila tiba hari raya ni, rendang yang arwah uwan dan andah buat. Al-Fatihah untuk mereka. Banyak memori indah untuk dikenang bila tiba bulan Ramadhan kerana keberkatannya. Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment