Friday, July 24, 2015

HARI-HARI RAYA-RAYA

Tahun 2015, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Jumaat 17 Julai. Aku dah keluarga beraya kat rumah di FSK. Kebetulan kakak dan adikku Mas pun beraya kat rumah mak dulu. Mak aku apalagi, tenaga kerja ramai, macam2 yang dia nak buat. Lemang, ketupat, rendang maman, rendang daging, kuah kacang dan macam2 lagi.





 Inilah antara tenaga kerja yang membuat pelbagai kerja. Tu belum bab masak rendang maman dengan jaga api lemang lagi. Memang cabaran hebat betul bila puasa dekat dengan api ni. Bila berbuka je, memasing cari air dulu. Airpun pelbagai jenis. Order ikut suka, dah macam kedai dah.

Bila tiba hari yang betul-betul raya, memasing semua sibuk melaram pakai baju raya. Lepas tu posing-posing sebelum layan tetamu datang.




 Inilah keluarga kakak (abang ipar tak de sebab ada hal), keluargaku dan keluarga adik bersama ibu dan ayahku. Nasib muat lagi ambil gambar dalam rumah, kalau tak kena ambil gambar kat halaman kalau semua ada. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

No comments:

Post a Comment