Tuesday, February 17, 2015

Sahabat, Teman, Teman Tapi Mesra (Part 12)

Tanggal 1 Mac 2005, aku bertukar ke SK Seliau. Kali pertama datang ke sekolah ini, disambut oleh GPK dan Guru Besar dengan pelbagai soalan. Jawab je lah walaupun soalan macam tak relevan je. Pastu di bawa ke bilik guru. Masa tu macam nak tanya je, ni bilik guru ke stor, tapi tak sampai hati lak. Dapatlah meja kosong. Okeylah terima dengan hati yang terbuka walaupun sebenarnya terbuku je. Tak lama dapat jadual. Mengajar Sains Tahun 6, Matematik Tahun 5 dan entah apa subjek lagi yang rasa macam tak kena je dengan option. Rupa-rupanya mengisi kekosongan cikgu yang berpindah awal tahun dan masih tak ada cikgu yang sesuai untuk mengajar. Macam nak nangispun pun ada sebab dapat Sains Tahun 6.
      Fuh...baru convert tahun 2003, tahun 2004 baru nak mengajar Sains tahun 4, tetiba je 2005 mengajar Tahun 6. Macam hantar leher je kat sekolah ni. Dah buat keputusan nak pindah....just ok...harung je. nak ajar pun tak tahu, ada soalan yang cikgu dia sendiripun tak tahu jawapan. Di sini bertemu dengan guru-guru senior seperti Hjh Rosni, Pn Nor Lida, Cik Nor Hayati, Pn Noor Aini, Guru Besar Tn Hj Ismail dan rakan-rakan guru seperti Elyana, Zila, Siti Aminah dan rakan-rakan guru lelaki. Setelah beberapa bulan dapat lagi rakan Mai dan Sabarinah yang baru bertukar dan  Norani serta Halimah, guru JQaf. Semakin ramai dan meriah sekolah ni.
      Alhamdulillah...dapat tawaran menyambung pengajian peringkat sarjana di UKM. Oleh kerana kekangan waktu pengajian, anak-anak yang awalnya aku bawa berpindah ke sini terpaksa dipindahkan ke sekolah yang berhampiran dengan rumah untuk memudahkan urusan pengangkutan mereka.
     Aku dipertanggungjawabkan untuk menguruskan makmal sains. Diberi kunci untuk melihat makmal tersebut. Buka je makmal,  dalam hati bertanya juga, berapa lama dah makmal ni tak diguna tapi mulut tak tertanya pulak. Tak pe...cabaran. Ambil masa untuk bersihkan, lap kerusi meja penuh berabuk. Make over, bubuh alas meja untuk guru, hias papan kenyataan, semua tu dibuat sedikit demi sedikit bila waktu senggang. Alhamdulillah...lepas tu buat jamuan kat bilik tu. Pentadbirpun puji cantik dah bilik sains ni.
     Lepas tu baru dengar macam-macam cerita kenapa bilik tu tak dibuka beberapa tahun. Tak pe lah be positif. Setiap waktu sains,murid akan datang ke bilik tu. Waktu lapang, mula buat inventori barang-barang dalam bilik tu sambil membersihkan dan menghias apa-apa yang patut. Memang tak berapa campur dengan guru-guru kat bilik guru sebab memang tak sempat sebab banyak sangat kerja nak buat. Tambahan kuliah dah bermula. Aku perlu membaca banyak buku di samping menanda buku murid-murid. Yang lebih penting aku kena khatam buku Sains Tahun 6 ni supaya tahu apa nak ajar. Duduk di bilik Sains ni, banyak masa aku untuk membaca.
     Selepas UPSR, aku memulakan projek taman herba dan kebun sayur. Alhamdulillah semua murid rajin-rajin. Mereka sentiasa menghulur tangan dan bantuan untuk menyiram dan membaja. Banyak benih pokok yang mereka sumbangkan. Dari kawasan yang kosong, akhirnya aku dapat merealisasikan hasratku untuk mempunyai taman herba. Kebun sayur murid-murid di kawasan prasekolah tumbuh dengan subur. Mereka turut menjual hasil kebun mereka kepada guru-guru. Guru Besar, Tn Hj Ismail bermurah hati memberi aku seguni baja apabila aku menyuarakan hasrat untuk membuat taman herba dan kebun sayur. Aku rasa begitu dihargai. Oleh itu, aku berusaha menambah bilangan tanaman hari demi hari untuk membalas kepercayaan yang diberi kepadaku.
      Pada tahun 2006 hingga 2007, guru-guru ada yang bertukar ganti. Aku mula mengenali Siti Maryama, Shahrul Niza, Norhaizani, Noorazlina dan beberapa orang lagi guru-guru baru. Guru Besar bersara dan diganti oleh Pn Hjh Noor Semarli. Perubahan drastik yang dilakukan oleh guru besar baru  telah membawa perubahan pada budaya kerja guru-guru dan semangat setia kawan. Kesungguhan guru-guru dalam melaksanakan tugas turut berubah ke arah yang lebih positif sesuai dengan kehendak guru besar baru yang mensasarkan pengurusan yang teratur dan semangat kerjasama antara semua guru.
         Kemalangan yang menimpa anak bongsuku turut mengubah rutinku. Aku perlu beri perhatian padanya kerana dia terpaksa cuti sakit selama tiga bulan kerana kecederaan pada kaki. Pada peringkat awal, dia dihantar ke rumah mak dan makcik untuk dijaga. Apabila kecederaannya semakin pulih, aku membawanya ke sekolah setiap hari untuk diajar sewaktu senggangku dan memudahkan aku menjaganya. Aku hanya menghantarnya ke rumah makcik apabila aku perlu menghadiri kuliah dan mengambilnya semula setelah habis kuliah.
        Kekurangan yang terdapat di sekolah ini, sedikit demi sedikit telah diatasi dan akhirnya kami menerima bangunan baru yang lebih selesa dan cantik. Guru Besar juga turut bertukar tatkala sekolah mula diambang kecemerlangan. Di sini aku belajar banyak perkara. Semangat setiakawan dan kerjasama sentiasa dititikberatkan supaya kami dapat bersama-sama mengharungi dunia pendidikan yang penuh cabaran. Paling aku suka di sekolah ini adalah hubungan antara guru-guru yang rapat dan sentiasa menghulurkan bantuan apabila ada program yang perlu dilaksanakan tanpa mengira tugas yang dipertanggungjawabkan. Mengenali guru-guru yang happening seperti Maya, Norazlina Md Saman dan Khairina menjadikan sekolah ini begitu meriah sekali. Biarpun guru bertukar ganti, mengenali nama-nama baru seperti Nor Aidah, Ashbenoriemie (yang nak sebutpun takut salah), Siti Norzaliza, Noredzuana dan beberapa guru-guru lelaki menjadikan sekolah ini tempat terbaik yang pernah aku mengajar. Walaupun setelah 10 tahun berlalu, namun aku tidak terasa kerana terlalu banyak perkara yang dipelajari di sini dan masih ingin dilakukan. Bersambung....

No comments:

Post a Comment