Wednesday, July 18, 2012

Ramadan Tiba Lagi

Alhamdulillah...bersyukur padaNya. Moga dipanjangkan usiaku agar dapat aku melalui Ramadhan lagi. Rindu pada kehadirannya. Terasa tidak sabar untuk melalui ketibaan Ramadhan kerana suasana yang mendamaikan hati dan ketenangan yang dikecapi dalam menjalaninya. Semoga ketibaan Ramadhan ini akan dapat meningkatkan keimanan, ibadah dan pengabadian diri kepadaNya. Semoga amalan Ramadhan kali ini akan lebih baik dan mantap daripada sebelumnya.

Sebelum Ramadhan (dipetik daripada ANIS Julai 2012)

Bersedia untuk belajar menghayati Ramadhan. tahu makna puasa yang hakiki. Faham amalan sunat sepanjang Ramadhan. Faham hukum tajwid di dalam Al Quran yang akan dibaca secara bertadarus. Tahu untuk menghindari kata-kata kosong yang boleh mengurangkan pahala puasa. Paling utama bersedia untuk belajar mencari takwa pada bulan Ramadhan dan meletakkan ikhlas sepanjang melaksanakan ibadah ini.

Sepanjang Ramadhan

Jadikan Ramadhan dipenuhi dengan ilmu bermula dari waktu sahur hingga waktu berbuka sehinggalah ke waktu sahur keesokkannya. Perbetulkan persepsi diri untuk Ramadhan bukan memikirkan Ramadhan sebagai medan untuk mencari pakaian baharu dan memperhebat juadah berbuka atau hidangan tetamu ketika Syawal. Penuhi Ramadhan dengan ketakwaan...tadarus, majlis-majlis ilmu, solat-solat wajib dan ditambah dengan yang sunat. Semoga Ramdhan menjadi universiti takwa dan berakhirnya Ramadhan kita berjaya menggenggam ijazah keimanan dan ketakwaan kepadaNya dengan CGPA yang cemerlang. Anggaplah Ramadhan kali ini Ramadhan terakhir yang akan dilalui dan sudah pasti kita mahukan yang terbaik untuk terakhir kalinya untuk dipersembahkan kepada pencipta yang esa.

No comments:

Post a Comment