Sunday, November 7, 2010

Sahabat, Teman, Teman Tapi Mesra (Part 7)

1989, bermula hidup di bumi Palong 5. Best ramai guru-guru muda. Segala aktiviti boleh buat bersama-sama. Aktif, kreatif dan kadang-kala sensitif, itulah gambaran pada guru-guru di sini. Aku kembali belajar menguasai bahasa Nismilan. Ha..ha.. masing-masing kata aku berlagak sebab cakap stail KL. Sebenarnya kat rumahpun bukan aku cakap pekat dan likat Nismilan. Tambahan GB orang Kuala Pilah, huh.. cakap memang tak ada bahasa baku langsung. Banyak perkataan baru yang aku pelajari.

Kena hadiri temuduga perlantikan di Segamat. Nasib ayah nak hantar, kalau tak tak tau nak pergi naik apa. Bukan selalu pergi jalanpun, yang tahu dari sekolah balik rumah je. Almaklumlah naik bas mabuk, jadi pergi ke tempat-tempat yang perlu je.

Jun 1989, keluarga 'dia' datang bertandang. Berkenalan dan merisiklah agaknya. Mungkin lepas ni status teman menjadi TTM (Teman tapi Mesra) tapi jauh macam mana nak mesra. Rasanya lebih baik begini, masih menjaga batas-batas pergaulan. Hanya surat-surat yang saling mengunjungi. Tak ada yang berubah, kalau adapun mungkin perasaan yang lebih berkeyakinan.

Surat konvo dah diterima, buat kat Hotel Park Royal, Jalan Bukit Bintang. La ni tak tau nama apa hotel ni. Alhamdulillah, tersenarai gak nama untuk sijil cemerlang. Best jumpa ramai member-member dan senior coz disekalikan dengan senior 1 semester kepada kami. Yang paling best sebab dapat jumpa TTM. Tapi sekejap je, masa kat hotel tu je, sebab after that nak balik dah, ke rumah mak cik kat Sg Besi sebab nak balik NS.

Cuti sekolah. Huh... dah habis setahun dah mengajar. Cuti.... dalam planning nak bertunang namun.....
Sesuatu yang tak disangka berlaku... mungkin sampai kat sini saja perhubungan ini. Setiap masa hanya berdoa pada Allah agar jika ini adalah jodoh yang ditetapkan, dipermudahkan. Ujian ini terlalu berat untuk dihadapi namun sedar Allah tidak menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapinya.

Setelah beberapa sesi perbincangan dan perjumpaan keluarga, yang kusut terlerai, awal Disember berkunjung ke PP. Alhamdulillah diterima baik dan perbincangan berjalan lancar. Sesi persekolahan yang bermula Disember, membuatkan aku semakin sibuk. Dapat mengajar petang, tahun 2. Best gak, tak adalah pagi2 rebut bilik air. Ambil air sembahyang, solat Subuh and then tidur balik.

28 Jan, tarikh pertunangan ku dengan TTM (kini dah menjadi tunang). Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan Allah. Hajat hati nak ambil STPM tahun ni, hope family boleh terima jika tarikh kami untuk disatukan after exam, kalau tak, tak taulah macam mana.

(Sambung lagi )

No comments:

Post a Comment