Saturday, September 4, 2010

Sahabat,Teman, Teman Tapi Mesra (Part 5)

1988, masa terus berlalu. Aku semakin rapat dengannya. Dah habis observe macam-macam program telah diatur oleh sekolah. Dia ajak aku ikut lawatan sekolahnya ke Cameron Highland. Alamak macam mana ye. Aku bukan apa, tahap mabuk aku yang teruk menyebabkan aku serba salah. Dia lak tahu aku tak akan ikut kalau aku pergi sorang-sorang. Akhirnya Kak Niza setuju pergi. Oklah boleh ikut kalau tak aku jadi bisu sepanjang perjalanan. Bukan biasapun cakap dengan dia. Lagipun tahu dia kena jaga murid.

Terseksanya jiwa aku sepanjang pendakian ke puncak Cameron tu. Mabuk tahap gaban dah. Nak dudukpun tak selesa apalagi nak tidur. Dah naik pijar dah muka bubuh minyak cap kapak supaya tak mabuk. Akhirnya... sampai gak puncak. Akupun entah berapa kali dah muntah. Nasib duduk ngan Kak Niza. Kalau tak tah mana nak sorok muka. Malam lepak tak larat nak keluar. Kirim beli makanan je kat dia tapi nak makan pun tak lalu sebab dah letih dek mabuk. Nak tidur je.

Selepas lawatan tu, dia ajak aku pergi jumpa family dia, nak kenalkan aku ngan family dia. Ni dah tahap serius ni. Aku serba-salah kerana aku ingat pesan family jangan pergi rumah "orang" nanti tak manis dipandang.  Aku cakap dengan dia dan dia berjanji akan bawa kawan-kawan yang lain bersama-sama. So aku setuju bila Kak Niza dan Ina ikut. Bila nak pergi, ada lagi member dia ikut. Macam rombongan Cik Kiah lak jadinya. Kami pergi rumah kakak dia je bukan rumah dia. Oklah family dia tapi alamak speeking .......... satu patah perkataanpun tak faham. Tak sangka lak pekat macam tu.

After that, hubungan kami semakin rapat tapi still teman. Masa kat maktab pun makin singkat. Masing-masing takut kena posting Sabah atau Sarawak. Aku cuma harap dapat balik NS je tak kisah kat mana.Family aku datang awal seminggu sebelum cuti nak ambik barang-barang. Sedih lak nak pisah dengan kawan-kawan lebih-lebih lagi dia. Bukan ada telefon nak contact. Kalau lost contact after that normallah coz komunikasi masa tu tak secanggih sekarang.

Malam akhir kat maktab tidur rumah Ina sebab esok ada lawatan ke Melaka oleh SKKB. Akupun nak terus balik Melaka rumah kakak. Jimat tak payah ambik tiket. Malam tu dia ajak keluar makan tapi aku dah makan dengan Ina. Kesian kat dia, aku keluar gak lah. Satu peristiwa lucu, aku ni bukan pernahpun pergi makan dengan dia. Bila nak order akupun kata nak minum je sebab baru makan. Dia order air aku ikut je air dia order malas nak fikir. Nak tau air apa, Zeppel sampai sekarang aku ingat sebab aku tak pernah minum air tu. Pulak tu first time rasa air tu lain macam je kat tekak aku. Tahan je malu punya pasal. Ha...ha... tu lah malu tak tentu pasal.

Esok pagi-pagi dia hantar aku dan Ina ke SKKB tapi naik bas je. Kira lastlah jumpa dia, kalau ada keizinan Allah mungkin boleh jumpa lagi. Aku cuma beritahu dia segala Allah yang menentukan. Kita cuma dapat merancang. Akupun tak tahu kesudahan perhubungan ini walaupun berharap pengakhirannya sesuatu yang membahagiakan. Kami berjanji akan selalu berhubung melalui surat. Itu je medium yang ada ketika itu. Kat rumah belum ada telefon lagi.

Sambung part 6

No comments:

Post a Comment