Sunday, October 4, 2015

Perasaan Bersalah

Normalkan, apabila kerja yang kita perlu laksanakan tapi tidak berjalan mengikut perancangan, kita akan rasa bersalah. Apatah lagi apabila melibatkan kos yang tinggi. Kadang-kala dalam kita merancang ada yang kita terlepas pandang.

Perasaan itu terjadi kerana rasa tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Kalut dengan pelbagai tugasan yang perlu dibuat, dilaksanakan maka sesuatu yang sepatutnya begitu cantik perjalanannya menjadi sebaliknya. Kelewatan yang bukannya begitu lewat tetapi hanya sehari terpaksa dibayar dengan kos yang begitu tinggi. Mahal sungguh pengalaman ini dalam menguruskan program.


Kalaulah....perasaan ini boleh dibuang, macam buang batu dalam tasik terus tenggelam, tak nampak lagi dah, alangkah bagusnya.

Berharap akan buat lebih baik agar lebih barhati-hati, lebih teliti dan fokus pada kerja yang diamanahkan. Kita sememangnya tidak boleh buat semua kerja tetapi kita boleh menjadikan kerja itu terlaksana mengikut jadual jika kita fokus dengan apa yang kita buat dan lebih bertanggungjawab.

Maaf, memang mudah untuk diucapkan apabila kita buat sesuatu kesalahan namun ianya tidak dapat mengganti apa yang hilang.

Jadikan sesuatu yang berlaku sebagai teladan supaya dapat melakukan sesuatu tugasan dengan lebih sempurna, mengikut masa dan sifar kesilapan.



No comments:

Post a Comment