Dahlia terasa sangat bersalah apabila Azrul mula menunjukkan tindakbalas yang tidak disangkanya. Dia mula memberi pelbagai alasan apabila Azrul mengajaknya keluar makan atau dia akan membawa Izati bersama-sama. Kebaikan Azrul sedikit sebanyak mencairkan perasaan Dahlia namun dia sedar bahawa dia isteri orang. Dia tidak mahu melakukan sesuatu di luar batasannya sebagai isteri.
Azrul semakin tidak keruan apabila Dahlia semakin jinak-jinak merpati. Dia tidak sabar untuk memberitahu isi hatinya kepada Dahlia walaupun dia tahu Dahlia sudah bekerluarga. Namun masa untuknya berterus terang masih belum tiba kerana Dahlia akan sentiasa bersama Izati apabila keluar makan bersamanya.
Suatu hari, Azrul telah menghantar sejambak bunga ke pejabat Dahlia dengan kad yang ditulis dengan kata-kata yang romantik. Dahlia yang sedar dengan hasrat Azrul telah menghantar bunga itu ke meja Izati dan meminta Izati meletakkan di mejanya. Sejak hari itu, Azrul akan menghantar sejambak bunga setiap hari dengan kata-kata yang penuh kata-kata puitis ke pejabat Dahlia. Selepas seminggu, Dahlia akhirnya menelefon Azrul dan berjanji untuk makan tengah hari bersama.
Azrul sangat gembira dengan persetujuan Dahlia untuk makan bersama. Azrul menunggu lebih awal di tempat biasa mereka makan. Seperti biasa, Dahlia datang bersama Izati dan terus ke meja yang diduduki oleh Azrul. Azrul berasa sangat kecewa kerana dia benar-benar ingin berterus-terang dengan Dahlia dan dia tidak mampu lagi menyembunyikan perasaannya. Izati yang dapat membaca keinginan Azrul memohon untuk ke tandas.
Sebaik Izati berlalu, Azrul terus meluahkan rasa hatinya kepada Dahlia. Dahlia yang sedia maklum keinginan Azrul tidak terkejut. Dia memaklumkan kepada Azrul yang dia telah berumahtangga dan sangat menyayangi suaminya. Rumah tangga mereka sangat bahagia. Dia menganggap Azrul tidak lebih seorang kawan. Azrul nyata kecewa dengan luahan hati Dahlia. Dahlia cuba memujuk Azrul untuk mencari wanita lain yang masih bujang untuk dijadikan pasangan hidup. Dahlia juga meminta Azrul memberi peluang kepada dirinya untuk memberi sedikit perhatian kepada Izati yang dirasakan sangat baik dan sesuai dengan Azrul.
No comments:
Post a Comment