Huh... baru ada kesempatan menyambung cerita. 1990 mencatat pelbagai memori indah di SKPL. Dilantik menjadi SU Hari Anugerah, terlibat dengan bola jaring, jadi pengadil lagi... dan juruacara Hari Sukan. Jawatan-jawatan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan majlis. Hingga hari ini, pengalaman itu telah dimanfaatkan untuk menjalankan tugas sebaik mungkin setelah 21 tahun berlalu. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga.
Persiapan untuk majlis sendiri, macam-macam nak buat. Nasib mak banyak tolong terutama dalam menyediakan bunga telur. Kalau harap aku, memang bubuh dalam kotak je, murah, mudah dan senang. Ha..ha..ha.. cakap orang tak kreatifkan. Walaubagaimanapun, aku berjaya gak siapkan langsir dan kelambu. Itu je kepakaran yang aku ada. Selebihnya urusan bonda tercinta. Akupun sibuk nak study ambik exam. Study... entahlah buka buku tapi otak kat lain sebab banyak urusan yang nak diselesaikan sebelum aku bertukar status.
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba, kesibukan aku dengan tugas di sekolah tidak memungkinkan aku untuk bercuti. Oleh kerana aku sekolah petang, jadi aku terpaksa menghabiskan tugasku selewat 6.00 petang 3 Ogos 1990 sebelum balik untuk majlis keesokan harinya. Penyelia petang lak buat sedikit perjumpaan petang tu, tunggu lagi...... dia senyum je bila tengok aku masih kat sekolah. Rupa-rupanya dia masih ingat peristiwa tu biarpun setelah 20 tahun berlalu apabila mengingatiku.
Balik rumah, rupanya bilik aku, ya.. bilik pengantin belum siap hias lagi. Aku terpaksa menghias hingga pukul 12.00 mlm. Bila dah mengantuk terus tidur. Esoknya baru perasan tak berinai lagi. Tak payah...dah lambat sebab pukul 10.00 pagi, pengantin lelaki dah sampai.
Tarikh keramat 4 Ogos 1990, akhirnya aku bergelar isteri kepada seorang suami yang mencintaiku. Begitu juga aku. Alhamdulillah.....jodoh kami dipertemukan biarpun sebelum ini pelbagai rintangan yang aku hadapi. Dari seorang sahabat, menjadi, teman, tunang dan akhirnya suami.
Sambung episod seterusnya.
No comments:
Post a Comment