1990, semakin banyak pengalaman yang ku perolehi di SKPL ini. Beberapa rakan berpindah setelah berkahwin. Kedatangan guru-guru, semakin memeriahkan suasana di sekolah dan rumah. Jeff masuk ke rumah kami setelah Kak Shidah berpindah. Baru posting dari MPRM. Paling ingat bila dia mengaji, sedap didengar.
Aktiviti sekolah, sukan, mesyuarat agung PIBG, sukan zon, pertandingan bola jaring dan sebagainya menyebabkan aku semakin sibuk. Mukapun makin hitam sebab berjemur. Penglibatan dalam bola jaring membolehkan aku ke sekolah lain di zon Palong. Pergi naik landrover Felda, best gak. Lalu lak jalan tanah merah, huh...berdebu masuk dalam kenderaan.
Mula study for STPM. Banyak yang dah lupa so kena mula semula dari awal. Dalam pada tu kerja sekolah makin banyak. Alhamdulillah rumah dah ada elektrik, dapat buat kerja sampai malam dengan selesa. Beberapa orang rakan telah menamatkan zaman bujang. Alhamdulillah...doa agar jodoh mereka berpanjangan. So semakin ramai guru-guru di SKPL bertukar status.
Selepas hari raya, keluarga mengadakan perbincangan, Mereka bersetuju supaya kami disatukan bulan Ogos sempena cuti sekolah. Ogos......alamak macam mana ni? Nak bagi signal kat 'dia' kata tak setuju, tak boleh sebab yang bercakap hanya orang-orang tua je. Nak tak nak kena setuju je.
Mak mula buat persediaan. Akupun terpaksa gak fikir pasal tu. Kena beli itu....ini..., buat itu,,,,ini,,,,. Aku yang tak kreatif ni, terpaksa jadi kreatif, nasib member serumah ramai yang kreatif, mereka banyak tolong.
Sambung lagi.
No comments:
Post a Comment