1988 sudah di penghujung. Aku terima surat posting SK Palong 5 (F). Huh.... kat mana ni tak pernah sampai lagi. Terbayang jauhnya. Dia lak dapat kat Kelana Jaya, dekat Tabung Haji. Aku ditemani adik pergi masa hari mesyuarat naik motosikal je. Dah jumpa papan tanda Palong 5, redah je masuk. Sampai kat kedai tanya SK Palong 5 kat mana. Jalan lagi sampai jumpa klinik tapi sekolah tak nampakpun. Tanya lak orang kat klinik tu. "Depan lagi kat sana tu". Aku dan adikpun jalanlah ke depan lagi sampai dah habis jalan tar tapi tak nampak sekolah. "Pusing baliklah, salah jalan kot", kataku. Adikku pun pusing, jumpa orang tanya lagi. Dia tunjuk tempat yang sama. Aku cepat-cepat tanya untuk kepastian. "Ikut jalan tanah merah tu ke?" "Ya lah, depan sikit je", balas orang tu.
Huh.... tak terbayang kat aku, sekolah aku jalan tanah merah. Akupun ikut lah jalan tu, akhirnya jumpa sekolah tu. Jalan dari pintu pagar ke sekolah bertar cuma jalan depan je belum. Oklah.... Bersama-sama aku posting, 15 orang lagi guru baru, baru keluar maktab dan guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Mesyuarat berjalan lancar sampai pukul 3. Mak ai, lamanya mesyuarat. Perut aku tak dapat nak cakap laparnya. Lagipun aku tak sempat nak sarapan betul2 sebelum pergi tadi sebab risau tak tau sekolah kat mana.
Habis mesyuarat, aku pergi tengok rumah untuk tinggal nanti. Rumah guru tapi kena share dengan guru-guru lain. Jumpa sahabat2 baru iaitu guru lama, Kak Ros, Kak Shidah, Kak Yam, Kak Hajar, Kak Raja dan guru baru Kak Zarah dan Zahariah. Satu rumah 8 orang. Kena banyak tolak ansur. Macam-macam perangai ada. Kak Ros walaupun sekejap je bersama tetap ingat sebab dia rajin buat sarapan. Agaknya sebab status dia isteri orang tu yang rajin tu. Lepas tu dia pindah ikut hubby dia kat Johor.
Macam-macam peristiwa pahit dan manis berlaku di situ. Paling ingat rumah masuk pencuri. 2 kali lak tu. Kalau cerita tak ada air tu selalu. Mandi main lap-lap tu, biasa je. Aku terpaksa membiasanya diri dengan kekurangan di situ. Letrik guna generator je sponsor by Felda. Jadi malam-malam je ada elektrik tu pun untuk lampu and kipas je, pulak tu sampai pukul 11 malam. Nak seterika baju....ni pengalaman baru bagi ku walaupun aku anak Felda. Guna seterika arang. Mula-mula tu tengok kakak2 tu buat dulu and try. Akhirnya pandai juga aku buat, janji baju licin.
Setelah beberapa bulan, jalan depan sekolah ditar dan bekalan elektrik diperolehi. Tapi jenuh jugalah sampai bekalan elektrik tu dapat. Berbatang-batang jugalah lilin habis sementara tunggu bekalan sepenuhnya apatah lagi bila rumah pegawai dah masuk tapi rumah guru belum masuk. Tau ajelah bekalan generator dah stop.
Cerita tentang sidia, surat-surat darinya selalu sampai ke sekolah. Kat sekolah ni ada seorang cikgu yang duduk sebelah pejabat pos. Dialah jadi posmen semua cikgu kat sini. Tapi cikgu ni memang baik.Kamipun selalu tumpang dia bila nak balik kampung sebab dia bawa van. Hari Jumaat pagi je, masing2 usung beg pergi sekolah supaya senang nak balik tumpang cikgu tu sampai pekan Pasir Besar. Bas kat sini susah. Hubungan cikgu-cikgu kat sini rapat kerana masing-masing duduk rumah guru. So petang2 ramai yang pergi sekolah siapkan kerja. Ada juga yang tersangkut hati. Adalah pasangan2 yang akhirnya mendirikan rumah tangga.
Aku...adalah yang usha2 tapi entah ya.... mungkin aku masih setia dengan sidia yang sentiasa menghubungiku lewat surat2nya. Yang aku pening kat kampungpun orang sibuk tanya. Mak akupun tak tau nak jawab apa. Aku cuma cakap nak kerja dulu tolong mak. Nanti tak sempat nak beli apa2 pulak untuk mereka yang dah banyak berkorban untukku. Dalam pada tu sebenarnya aku masih menantikan sidia. Bukan apa masing-masing tau duitpun belum ada, baru kerja, gajipun tak berapa sen.
Sambung part 7
No comments:
Post a Comment