Pada suatu hari, Dahlia ingin ke bank untuk menyelesaikan bayaran pinjaman perumahannya. Dahlia ke bandar Klang dengan ditemani suami. Oleh kerana masalah parkir kereta, Dahlia masuk dahulu ke bank sementara suaminya mencari tempat untuk meletak kereta.
"Nasib baik tak ramai orang," bisik Dahlia. Setelah menyelesaikan urusannya Dahlia menelefon suaminya untuk memberitahu dia telah selesai urusan. Suaminya meminta Dahlia menunggu di hadapan bank sementara dia menjemputnya. " Dahlia, ya?", tanya seorang lelaki kepada Dahlia. "Siapa ya? tanya Dahlia pula. "Saya Azrul kawan satu sekolah di Kampung Paya dulu. Tak ingat ke?" kata Azrul. 'Azrul?" tanya Dahlia dalam hati.
"Saya sekarang menjadi pensyarah di UITM Shah Alam. Dah 5 tahun dah," balas Azrul. "Dulu saya senior awak setahun, tu awak tak kenal. Tapi saya kenal sangat dengan awak sebab awak selalu mewakili sekolah dalam sukan," balas Azrul. "Ye ke?" tanya Dahlia. Dahlia memohon maaf daripada Azrul untuk beredar apabila ternampak kereta suaminya.
"Siapa tu? ' tanya suami Dahlia. " Kawan satu sekolah, dia yang tegur dulu. Liapun tak perasan,"balas Dahlia. Dahlia amat bimbang suaminya akan berprasangka buruk padanya.
"Ya, ke ? Bukan pak we lama ?' tanya suami Dahlia. "His.... abang ni. Mana ada pak we masa kat sekolah. Tak sempat nak cari, lagipun tak ada siapa nak, macam tomboy je dulu", balas Dahlia.
Selang beberapa minggu, Dahlia terjumpa semula dengan Azrul semasa dia keluar makan dengan kawan-kawannya. Azrul memberikan kadnya kepada Dahlia. Dahlia menerima kad itu dengan berat hati kerana bimbang tanggapan buruk daripada suaminya. Walaubagaimanapun, Dahlia tidak memberikan nombor telefonnya kepada Azrul.
Dahlia menyimpan kad itu dengan cermat di pejabat. Dia tidak memasukkan ke dalam dompetnya kerana tidak mahu dijumpai oleh suaminya. Namun Dahlia tidak pernah menelefon Azrul kerana baginya tiada apa-apa urusan dengannya sehingga suatu hari mereka berjumpa semula semasa keluar makan dengan rakan-rakan. Azrul menyapa Dahlia dan memperkenalkannya dengan rakan-rakannya. Dahlia hanya tersenyum untuk mengambil hati walaupun hatinya begitu berdebar-debar entah kenapa. "Dahlia, cantik nama tu," kata salah seorang daripada rakan Azrul. "Secantik orangnya," balas Azrul pula. Dahlia lalu tersenyum sambil meminta diri.
"You kerja di mana? " tanya Azrul pula. Dahlia yang tidak mahu menghampakan Azrul, memberitahu tempat kerjanya sambil menghulurkan kad. Azrul bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus menerima kad itu sambil memberi isyarat telefon dengan tangan kepada Dahlia yang sedang berlalu.
Dahlia yang terlupa tentang peristiwa itu menjalani kehidupannnya seperti biasa. Suatu pagi dia menerima telefon daripada Azrul. Dahlia terperanjat dengan keberanian Azrul nenelefonnya hanya untuk bertanya khabar. Dahlia mengingatkan Azrul menelefonnya di pejabat sahaja untuk mengelak daripada diketahui oleh suaminya yang terkenal dengan cemburunya itu. Dahlia tidak mahu persahabatan ini akan merosakkan rumahtangganya.
No comments:
Post a Comment