Berkahwin di usia muda kerana telah sampai jodoh adalah sesuatu yang sangat manis apatah lagi dapat bersama berkongsi hidup dengan orang yang kita sayang. Tetapi dalam melayari bahtera rumah tangga dalam usia muda, banyak onak dan duri yang harus dilalui. Dalam usia yang masih muda, kedudukan kewangan yang masih belum mantap dan emosi yang masih belum stabil, banyak rajuk dan kecik hati yang terpaksa ditanggung dan dilalui.
Sabar memang perlu berada tahap yang paling tinggi walaupun tidak sesabar manapun. Kadang kala bila sakit hati, nak bercakappun malas. Namun itu lebih baik daripada bertikam lidah yang akhirnya akan membuat hati lebih sakit. Apa yang pasti, tindakan berdiam diri banyak meredakan rasa marah kerana bila dah satu hari tak bercakap, rindu pulak nak manja-manja, nak mengadu dan nak gaduh.
Paling penting dalam mengukuhkan rumahtangga pada usia muda adalah saling bantu membantu untuk memantapkan ekonomi rumahtangga. Isteri mencukupkan kekurangan suami dan suami membantu isteri dalam melunaskan tugas-tugas rumah.
Apabila mempunyai anak, kerjasama adalah penting untuk memastikan anak mendapat perhatian terbaik. Saat isteri keletihan, suami boleh menjaga anak. Beruntungnya sianak yang mendapat perhatian ibu dan ayah. Tatkala ayah menegur anak, siibu hanya memerhati supaya anak tahu amaran ayah kerana kesilapan. Jika ada yang tidak kena, tegurlah suami dengan penuh kasih sayang dalam bilik, bukan depan anak supaya rasa hormat anak pada ayah tidak luntur. Ayah adalah pelindung dan pembimbing anak dan menjadi teladan pada anak untuk menjadi anak yang mempunyai jati diri yang baik. Memang sukar menjadi ibu dan ayah di usia muda. Tetapi belajarlah dari pengalaman orang lain. Jadilah yang terbaik untuk anak-anak agar mereka bangga punya ayah dan ibu yang telah mendidik mereka dengan baik.
Terapkan anak-anak dengan kasih sayang dan nilai keimanan yang tinggi. Bimbinglah anak solat apabila sampai waktu dan pastikan anak solat apabila telah masuk waktu. Hanya itu yang dapat menjaga mereka kemanapun mereka pergi.
Mempunyai suami yang penuh dengan kasih sayang, menjadikan seorang isteri berkejaya dapat menumpukan perhatian pada rumah tangga, kerjaya dan kehidupan dengan fokus dan melahirkan anak-anak yang berdisiplin, saling menghormati dan mengambil berat antara satu sama lain.
Pastikan sebelum tidur memohon maaf dan bersalamanlah serta berikan ciuman sewaktu ingin keluar bekerja. Kerana takut itulah yang terakhir kita dapat berbuat demikian. Jangan sesekali menipu dalam rumah tangga, kejujuran adalah penting untuk memastikan rumahtanggga dapat bertahan biarpun berkahwin di usia muda.
No comments:
Post a Comment