Sunday, February 15, 2015

KARNIVAL BOLA BALING PIALA GURU BESAR SK SELIAU



Setelah berjaya mencapai Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 6, SK Seliau telah berpeluang menyertai pelbagai pertandingan Bola Baling yang merupakan salah satu kebitaraan sekolah. Sekolah juga berpeluang untuk menganjurkan Karnival Bola Baling. Bermula dengan penganjuran peringkat Negeri Sembilan pada 2012 yang diadakan di IPG Kampus Raja Melewar. Ini diikuti Karnival Peringkat Kebangsaan yang diadakan di perkarangan sekolah pada tahun 2013. Pada tahun 2014, sekali lagi pihak sekolah berjaya mengadakan Karnival Bola Baling Piala Guru Besar Peringkat Kebangsaan yang diadakan di IPG Kampus Raja Melewar dengan kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Unit Kokurikulum IPG Kampus Raja Melewar.


   Apakah permainan Bola Baling?


                                                 Gelanggang Bola Baling SK Seliau

                 1. Gelanggang Bola Baling

Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter. Garisan kawasan gol atau garisan 6 meter adalah merupakan garisan paling penting. Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol. Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 3 meter lebar. Pemain boleh mendarat di dalam kawasan gol selepas menjaringkan gol..
           
 2. Bola

Bola saiz 2 digunakan untuk kumpulan wanita dan kumpulan lelaki bawah umur 12 tahun. Bola saiz 3 digunakan untuk kumpulan lelaki 15 tahun ke atas. Bola saiz 1 digunakan untuk permainan bola baling mini bagi kumpulan umur 8 tahun ke bawah.

3. Bilangan pemain

     Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain. Semasa permainan, 6 orang pemain gelanggang dan seorang penjaga gol akan berada di dalam gelanggang. Pengganti-pengganti boleh menggantikan pemain di dalam gelanggang pada bila-bila masa dengan syarat pemain di dalam gelanggang keluar terlebih dahulu sebelum pemain pengganti masuk.

4. Pakaian

     Nombor pemain adalah dari No.1 hingga No.20. Penjaga gol mesti memakai warna baju yang berbeza dengan pemain gelanggang pasukan sendiri atau pemain gelanggang pasukan lawan. Pemain dilarang memakai barang kemas, jam dan yang seumpamanya bagi mengelakkan kecederaan.

5. Pengadil

     Seorang pengadil gelanggang dan seorang pengadil gol akan bertugas dan keputusan mereka adalah muktamad. Pengadil-pengadil ini akan dibantu oleh seorang penjaga masa dan seorang pencatat.

6. Tempoh Permainan

     Bagi kumpulan lelaki 18 tahun ke atas, 30 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Bagi semua kumpulan umur 18 tahun ke bawah (lelaki dan perempuan), 20 minit setiap separuh masa dengan 10 minit rehat. Masa permainan hanya akan di hentikan atas perintah pengadil. Pasukan akan bertukar gelanggang bagi setiap separuh masa.

7. Jaringan Gol

     Gol dikira apabila keseluruhan bola melepasi garisan gol di antara dua tiang gol. Gol-gol
     boleh  dijaringkan dari mana-mana jenis balingan kecuali balingan referi.

8. Memainkan Bola

     a.    Pemain dibenarkan :

        Mengambil 3 langkah dengan bola.
        Memegang bola maksimum 3 saat.
        Menggelecek.
        Menjunam untuk mendapatkan bola.

     b.    Pemain tidak dibenarkan :
        Membahayakan pihak lawan dengan atau tanpa bola.
        Merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan.
        Menggunakan bahagian anggota di bawah lutut.


9. Menghadang Pihak Lawan

Pemain boleh menggunakan badan untuk menghadang pihak lawan samada dengan atau tanpa bola. Tetapi pemain tidak dibenarkan menggunakan tangan atau kaki untuk merampas, memukul, meragut atau menumbuk bola dari kawalan pihak lawan. Pemain juga tidak dibenarkan merempuh pemain pertahanan semasa membuat jaringan.




10. Balingan ke Dalam

Balingan ini diberikan apabila bola terkeluar dari garisan tepi samada di tanah atau di udara yang disentuh oleh pihak lawan. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah diambil dari tempat di mana bola itu keluar dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.


11. Balingan ke dalam di sudut

Balingan ini diberikan apabila bola disentuh oleh pemain pertahanan dan keluar melintasi garisan gol. Pemain yang mengambil balingan ini mestilah berada di sudut garisan gol dan garisan tepi dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak garisan tepi. Pemain lawan mestilah berada pada jarak 3 meter dari pembaling.


12. Balingan Pengadil

             Ia diberikan apabila :

12.1.     Kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.
12.2.     Bola direbut oleh kedua-dua pemain.


13. Balingan Percuma

Balingan ini diberikan bagi sebarang kesalahan yang ringan. Balingan diambil dari tempat di mana kawasan itu berlaku kecuali

13.1.     Bila kesalahan berlaku di dalam kawasan 9 meter – balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
             Semua pemain penyerang berada di luar garisan 9 meter sebelum bola dimainkan.
13.2.     Bila berlaku kesalahan penggantian – Balingan dilakukan di kawasan penggantian atau di
             tempat bola dimatikan oleh pengadil semasa menyerang.(mana-mana yang memberi
             kelebihan kepada pihak lawan).
13.3.     Kesalahan yang dilakukan di dalam kawasan gol - balingan dibuat di luar garisan 9 meter.
13.4.     Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut mati di
             dalam kawasan gol tanpa disentuh oleh penjaga gol.


Balingan ini diambil dengan sekurang-kurangnya sebelah kaki memijak tanah atau gelanggang semasa membuat balingan. Pemain lawan berada pada jarak 3 meter sebelum balingan dilakukan.


14. Balingan 7 meter (penalti)

Balingan ini diberikan apabila

14.1.     Peluang keemasan menjaring gol dimusnahkan oleh pemain pertahanan.
14.2.     Penjaga gol membawa masuk bola ke dalam kawasan 6 meter.
14.3.     Pemain pertahanan menghantar bola kepada penjaga gol sendiri dan bola tersebut disentuh
             oleh penjaga gol.

Semua pemain mesti berada di luar garisan 9 meter. Pemain yang mengambil balingan 7 meter ini tidak dibenarkan memijak garisan balingan semasa balingan dilakukan. Penjaga gol boleh bergerak keluar hingga 4 meter dari garisan golnya.

15. Balingan Gol

           Balingan ini diberikan apabila

15.1.     bola disentuh oleh penjaga gol dan keluar melintasi garisan gol.
15.2.     bola diballing keluar melalui garisan gol oleh pemain penyerang. 

16. Hukuman Susulan

Hukuman bagi kesalahan yang lebih serius selain daripada memberikan
balingan percuma kepada pihak lawan boleh disusuli dengan hukuman
yang lebih berat. Antara hukuman yang boleh diberikan :

16.1.     Amaran (Kad Kuning)
16.2.     2 minit penggantungan
16.3.     Penyingkiran
16.4.     Pembatalan



KARNIVAL BOLA BALING PIALA GURU BESAR 2014
DI IPG KAMPUS RAJA MELEWAR






No comments:

Post a Comment