Sebaik bergelar isteri kepada seorang suami, aku terpaksa menukar panggilan. Ha..ha.. part ni memang kelakar dan aku ingat sampai sekarang. Kami bermula dengan kawan, so aku dah biasa panggil nama je, begitu juga selepas bertunang still panggil nama jugak. Nak panggil abang....alamak tak terbuka pulak mulut aku ni, rasa macam mengada-ngadapun ada. Selepas majlis tu, aku kalau nak cakap, aku pergi dekat dia dan terus cakap supaya tak payah panggil apa-apa. Pas tu....
Malam tu, selesai solat, saudara mara yang masih ada suruh buka hadiah. Dia kat dapur tengok tv. Akupun dengan perasan yang serba salah pergilah dapur nak panggil bukak hadiah. Nak tau aku panggil apa.... pssst...pssst.. pas tu dia pun pandang, akupun bagi tau saudara-mara aku suruh bukak hadiah. Ha..ha.. kelakar kan sebab aku fikir lak kalau aku panggil nama dia, mesti saudara mara aku kata aku tak beradap dahlah, dari nenek, datuk, bapak, mak saudara semua ada kat rumah lagi sebab esok nak menghantar untuk menyalang.
Malam tu lepas, bukak hadiah, kat bilik, diapun panggil aku dan cakap apa lak panggil dia pssst... je, panggillah abang. Ha..ha..aku gelak je, sebab aku memang salah. Akupun belajarlah panggil dia dengan panggilan yang dia senang, hingga kami mendapat anak pertama, aku lebih senang panggil dia dengan panggilan 'abah' sama macam anak aku panggil.
Esoknya, bila pergi menyalang, ramailah sahabat2 yang sama maktab dengan aku datang, seniorpun ada, yang baik dengan suami. Apabila saudara mara nak balik, akupun start nangis sebab kena tinggal sorang-sorang kat situ, yang bahasa orangnya aku tak faham. Puas suami pujuk, tak apa nanti tak faham tanya dia. Kah...kah...sekarang kalau orang cakap aku faham tapi aku tak boleh balas dengan bahasa itu. Terrorkan aku, dah boleh faham orang speaking Jerman.
Selepas, bergelar isteri, aku masih bersemangat untuk ambik STPM kerana aku dah daftar. Tapi masalahnya, aku daftar kat Melaka sebab nak ambik periksa kat rumah kakak senang nak pergi, dia lak ambik kat kampung. Sepanjang peperiksaan, aku tak jumpa dia, telefon lak masa tu bukan senang dan bersepah macam sekarang. Rindu sampai demam2, jawab periksapun lebih kurang je. Result...emmmm sekadar mencuba nasib je.
Aku mohon pindah mengikut suami, sebaik habis exam, akupun berkemas untuk berpindah coz masa tu sekolah start 1 Disember. Dapat sekolah baru SKTDH2, Petaling Jaya. Jumpa sahabat2 baru dan menjalani kehidupan rumah tangga yang sebenar di sana. Jiran2 ok, begitu juga sahabat di sekolah. Tapi bertahan untuk tempoh 3 tahun je, sebab tak sesuai suasananya untuk besarkan anak2. Setelah disahkan mengandung anak kedua, aku memikirkan satu suasana yang lebih baik untuk membesarkan anak2. Aku dan suami memohon berpindah ke tempat ku. Alhamdulillah berjaya dan kami menambah bilangan anak dan membesarkan mereka di sana dengan bantuan bondaku tercinta. Kami juga akhirnya berjaya mendapat 5P dalam STPM dan menyambung pelajaran ke USM secara pjj biarpun aku terlewat sedikit dari suami bagi memberi laluan kepadanya.
Bersambung episod seterusnya.
Saturday, April 9, 2011
Friday, April 8, 2011
Sahabat, Teman, Teman Tapi Mesra (Part 9)
Huh... baru ada kesempatan menyambung cerita. 1990 mencatat pelbagai memori indah di SKPL. Dilantik menjadi SU Hari Anugerah, terlibat dengan bola jaring, jadi pengadil lagi... dan juruacara Hari Sukan. Jawatan-jawatan ini banyak memberi pengetahuan dan pengalaman dalam mengendalikan majlis. Hingga hari ini, pengalaman itu telah dimanfaatkan untuk menjalankan tugas sebaik mungkin setelah 21 tahun berlalu. Alhamdulillah, pengalaman yang sangat berharga.
Persiapan untuk majlis sendiri, macam-macam nak buat. Nasib mak banyak tolong terutama dalam menyediakan bunga telur. Kalau harap aku, memang bubuh dalam kotak je, murah, mudah dan senang. Ha..ha..ha.. cakap orang tak kreatifkan. Walaubagaimanapun, aku berjaya gak siapkan langsir dan kelambu. Itu je kepakaran yang aku ada. Selebihnya urusan bonda tercinta. Akupun sibuk nak study ambik exam. Study... entahlah buka buku tapi otak kat lain sebab banyak urusan yang nak diselesaikan sebelum aku bertukar status.
Akhirnya hari yang ditunggu-tunggu hampir tiba, kesibukan aku dengan tugas di sekolah tidak memungkinkan aku untuk bercuti. Oleh kerana aku sekolah petang, jadi aku terpaksa menghabiskan tugasku selewat 6.00 petang 3 Ogos 1990 sebelum balik untuk majlis keesokan harinya. Penyelia petang lak buat sedikit perjumpaan petang tu, tunggu lagi...... dia senyum je bila tengok aku masih kat sekolah. Rupa-rupanya dia masih ingat peristiwa tu biarpun setelah 20 tahun berlalu apabila mengingatiku.
Balik rumah, rupanya bilik aku, ya.. bilik pengantin belum siap hias lagi. Aku terpaksa menghias hingga pukul 12.00 mlm. Bila dah mengantuk terus tidur. Esoknya baru perasan tak berinai lagi. Tak payah...dah lambat sebab pukul 10.00 pagi, pengantin lelaki dah sampai.
Tarikh keramat 4 Ogos 1990, akhirnya aku bergelar isteri kepada seorang suami yang mencintaiku. Begitu juga aku. Alhamdulillah.....jodoh kami dipertemukan biarpun sebelum ini pelbagai rintangan yang aku hadapi. Dari seorang sahabat, menjadi, teman, tunang dan akhirnya suami.
Sambung episod seterusnya.

Subscribe to:
Posts (Atom)