Terpilih dan ditolak
suka dan duka
harus terima
harus redha
Berjuang bukan sahaja di medan perang
hanya untuk mengekalkan rumahtangga
dilanda badai ombak mengganas
tidak akan berundur
Sakit dan luka
rawat biar sembuh
biarpun parut tetap ada
tanda telah mencuba
Biarpun jiwa merintih
hati jangan rapuh
tersandung dan kadang kala patah
namun tidak sesekali rebah
Pilihan yang dibuat
bersandar pada Allah
memohon petunjukNya
mendekatkan yang terbaik
pemudahkan jika itu pilihanMu
Bukan mudah laluannya
tawakal kena tinggi
menyerah hanya padaNya
agar pilihanku juga pilihanNya
untuk hidup bersama