Tuesday, July 28, 2015

Perasaan dan Harapan

Sedang sibuk dengan persiapan untuk Perkampungan Bahasa Melayu Peringkat Kebangsaan. Macam-macam nak buat. Kira bajet, takut terlebih. Itu paling penting. Uruskan penginapan murid, pengangkutan, makanan sepanjang program, pantau urusan pelantikan hakim, buku program, berurusan dengan IPG, berurusan dengan BPSBPSK tentang sijil dan buat cuesheet. Nasib pernah kursus pengurusan acara, tau juga macam mana nak buat.

Perasaaan sukar nak digambarkan, otak letih sebab kena fikir dan fikir takut ada lagi tertinggal. Backdrop dah settle tempah tunggu ambik je. Harap semua berjalan lancar dan semua tenaga kerja boleh beri komitmen yang tinggi dan superb.

Dalam kesibukan dengan persiapan ni, kena juga latih murid bercerita. Dah lah suruh hafal tak juga hafal, suruh datang buat-buat lupa. Hari ni rasa geram je.  Moga esok dia lebih baik. Cabaran latih murid tahap 1 ni, mereka agak pemalu dan kurang keyakinan. Kena banyak sabar....tapi kadang-kadang lost juga. Harapan moga boleh beri saingan.

Pemantau guru berjalan seiring dengan kesibukan. Harab bila dah bagitau tu, persediaan ok lah. Hmmmm orang yang banyak kerja lebih kreatif lagi. Still positif walau rasa macam....

Program selangkah ke USIM dah hantar, tunggu jawapan. Kena hantar borang kebenaran ke PPD. Belum sempat nak buat. Macam nak pinjam tangan bionik agar boleh buat lebih banyak kerja dengan cepat.

Profil sekolah yang USIM nak belum sempat edit, semua macam nak buat esok. Doa diberi kelapangan waktu untuk siapkan. 24 jam sehari macam singkat je, nak buat macam-macam tapi waktu terbatas. Kat rumah dah penat, nak buka komputer pun malas. Perasaan nak berehat-rehat tu lebih menguasai bila dah bekerja seharian. Harap semua urusan dipermudahkan, majlis berjalan lancar dan kerja-kerja siap ontime dan buat kerja dengan perasaan gembira, ikhlas serta moga mendapat keberkatan. InsyaAllah....



Friday, July 24, 2015

HARI-HARI RAYA-RAYA

Tahun 2015, Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada hari Jumaat 17 Julai. Aku dah keluarga beraya kat rumah di FSK. Kebetulan kakak dan adikku Mas pun beraya kat rumah mak dulu. Mak aku apalagi, tenaga kerja ramai, macam2 yang dia nak buat. Lemang, ketupat, rendang maman, rendang daging, kuah kacang dan macam2 lagi.





 Inilah antara tenaga kerja yang membuat pelbagai kerja. Tu belum bab masak rendang maman dengan jaga api lemang lagi. Memang cabaran hebat betul bila puasa dekat dengan api ni. Bila berbuka je, memasing cari air dulu. Airpun pelbagai jenis. Order ikut suka, dah macam kedai dah.

Bila tiba hari yang betul-betul raya, memasing semua sibuk melaram pakai baju raya. Lepas tu posing-posing sebelum layan tetamu datang.




 Inilah keluarga kakak (abang ipar tak de sebab ada hal), keluargaku dan keluarga adik bersama ibu dan ayahku. Nasib muat lagi ambil gambar dalam rumah, kalau tak kena ambil gambar kat halaman kalau semua ada. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.