Thursday, November 10, 2011

Cerita Hari Ini:9.11.2011

Seawal jam 5.00 pagi dah bangun. Gosok baju...lipat baju yang semalam..mandi..siap dan masukkan barang dalam kereta. Sidai baju dulu, siapkan bekalan nak bawa...kunci rumah dan jalan....

Sampai sekolah...sarapan dan jumpa murid Tahun 6, minta selesaikan biodata. Kira jumlah hari untuk bayaran RMT, bersedia untuk ceramah ringkas Prasekolah. Seronok pula bercerita dengan murid prasekolah ini sambil beri mereka input untuk menjaga keselamatan diri.

Siap tunggu pegawai BSN datang untuk serah buku bank murid. Sambung kerja...siapkan surat-surat, sijil-sijil penghargaan, laporan. Siapkan borang untuk SPBT. Jamuan Prasekolah...best nasi briyani. Makan-makan dan makan. Fuhhh sedapnya cheese kek...

Sambung kerja lagi...siapkan laporan....tak siap juga...meeting Kokurikulum. Habis pukul 2.00 ptg. Siapkan barang-barang dan balik. Dalam perjalanan balik singgah kedai, photostat bahan. Sampai rumah...mandi, angkat kain...rehat.

Petang, pukul 6.00 hantar adik pergi mengaji....main-main dengan dik Am. Balik...rehat....

Malam. hantar bangah tuisyen, pergi pasar malam beli lauk....untuk masak esok. Balik....rehat sambil buka komputer. Semak email, tengok website PPD, JPN, KPM dan lain-lain yang berkaitan. Penatnya tapi nak juga menulis. Rasa puas apabila dapat menulis.

Tuesday, November 1, 2011

Ceritera Hari Ini : 1.11.2011

Bermula jam 5 sebaik alarm berbunyi....gosok baju...mandi, solat, siap pergi kerja. Semangat....sebab banyak kerja perlu diselesaikan hari ni. Sidai baju, sarapan siapkan barang-barang yang nak dibawa ....masukkan ke dalam kereta. Jangan lupa masukkan anak padi yang nak ditunjukkan pada murid-murid kat sekolah.

Sampai sekolah, tunjukkan anak padi....semua teruja je tengok anak padi. Siapkan surat pemberitahuan perlantikan pengawas dan perlantikan pengawas kepada murid yang terpilih. Selesai.. ada kelas.. siapkan surat perlantikan pengawas....makan-makan...

Senaraikan program HEM yang telah dijalankan...cari tarikh program..siap. Ada murid yang nak bawa benih padi balik... agihkan pada yang berminat....siap nak balik...penat sangat macam kena ubat bius je...

Dah tiga hari tak menulis sebab ada program hari Sabtu dan Ahad di Sg Leman, Selangor. Terharu dengan sambutan daripada mereka. Hari Isnin, banyak nak diselesaikan, surat untuk SMM, agihkan borang SMM pada guru kelas, isi rekod prestasi...dan mengajar. Balik upload gambar......banyaknya gambar yang nak diupload...sampai tertidur-tidur tunggu.


Dalam penat, perlu jemput bangah...pergi juga..balik nak masak...baru rehat. Sambunglah nanti