Bangun 5.30, lipat baju....mandi, solat dan siap pergi kerja. Sidai baju dulu, kemudian sarapan baru pergi kerja.Hari ini laluan ke tempat kerja lapang je, banyak sekolah masih cuti Deepavali...alangkan seronoknya kalau tiap-tiap hari macam ni. Hilang sesak kepala.
Majlis bacaan Yassin dan kemudian perjumpaan dengan pelajar yang akan mengikuti program ke Selangor. Sebelum tu tengok cenderahati yang ditempah dari Rembau Kristal, cantik nampak eksklusif, touch up sikit bagi cantik lagi. Dah ok lah. Siapkan balut cenderahati lagi 6... guna je pembalut apa yang ada..janji berbalut. Siap dan susun dalam kotak. Lega kerja dah siap...pergi makan-makan..
Habis kelas....siapkan akaun untuk program..kumpul barang yang nak dibawa balik...siap. Jam 12.20tgh balik..Rehat...Pukul 2.00 gerak ke Gemencheh ...ambik alang kat ITQAN....sampai rumah 4.30 pm.
Rehat jap...makan-makan...solat....pergi ke Kompleks Rakan Muda kat Paroi..untuk bertugas sebagai penunjuk arah sempena Majlis Khatam Al Quran beramai-ramai peringkat Negeri Sembilan. Selesaikan pendaftaran sekolah dulu, ambik makanan roti..air mineral...dannnnnnnn......KFC. Beratlah pulak tak larat nak angkat.. tunggu murid sampai minta tolong angkat.
6.30 ptg kerjapun macam dah selesai je.....gerak ke arah pintu pagar untuk balik sebab ada kerja lagi nak buat untuk bawa esok. Tunggu hubby ambik..... balik solat Maghrib. Lipat baju....selesai.....solat Isyak....
Masukkan kuih dalam bekas, lekatkan ucapan terima kasih....siap...baru selesa nak menulis....sambil tu upload gambar kat majlis tadi. Ok kerja semua dah siap, Selamat Malam....nak tidur cepat sebab esok nak bangun cepat sebab nak gerak cepat ke Selangor.
Friday, October 28, 2011
Thursday, October 27, 2011
Ceritera hari ini.....27 Oktober 2011
Pagi-pagi seawal 5.00 am bangun, gosok baju, mandi solat, sarapan....pergi kerja. Siapkan kerja,mengajar dan mesyuarat. Balik cepat-cepat mandi, solat dan pergi facial. Lega dapat berehat-rehat sambil dibelai. Balik, solat dan hantar adik mengaji...hari ni makcik dia tidak ada di rumah. Tunggu kat depan rumah ustaz aje dan balik. Habis satu hari ......rutin harian yang mesti dilalui setiap hari.
Malam...solat, hantar angah tuisyen, pergi beli barang...balik sambung balut hadiah. Tak siap juga sebab pembalut dah habis. Harap esok boleh selesaikan di sekolah.
Teringat hari ni belum menulis lagi, tengah kemaruk ni nak menulis. Dah lama tinggalkan bila sibuk melanda. Bagus juga dapat menulis ni boleh hilangkan tekanan kerja. Saps belum siap lagi, bila nak siapkan ni..mood tak ada pulak. Tak apa esok ada lagi, boleh buat....
Untuk hari ni, cukuplah dua cerita dah post. Selamat malam.......

Cinta Bunga-bunga .....Bunga-bunga Cinta
Cerita tentang bunga ni memang suka. Ada kena mengena dengan subjek yang diajar di sekolah...Sains. Tema Flora ni memang ada dalam subjek sains. Bunga yang nak diperkenalkan hari ini ialah bunga Tulip. Kenapa pilih tulip sebab bunga ni ada kena mengena dengan zaman dalam hati ada taman....kembangnya bunga-bunga cinta.
Tulip atau nama saintifiknya Tulipa. Tulip boleh didapati di kawasan selatan Eropah, utara Afrika, dan Asia dari Anatolia dan Iran dari timur ke timur-laut China dan Jepun. Bunga ini bukan dihadiahkan kepadaku mungkin kerana sukar untuk didapati di Malaysia mesti special order. Namun lukisan bunga tulip yang pernah diterima tatkala bercinta meninggalkan kenangan yang sukar untuk dilupakan.
Tulip yang mempunyai lebih 100 jenis spesies menjadi lambang cinta kami. Nanti nak post gambar lukisan bunga tulip yang diterima. Ada pelbagai versi merujuk kepada keadaan kami pada waktu itu. Kini bunga ini ku abadikan di skrin komputer agar aku sentiasa mengingati detik-detik percintaan lalu agar terus segar di hati.

Wednesday, October 26, 2011
Ceritera Hari Ini .....Cuti-cuti Deepavali 2011
Pagi-pagi bangun, kemas rumah dan betulkan sinki. Siap dengan pertolongan anakku Bangah. Pergi ke Tesco Seremban Jaya baru buka. Window shopping dan beli benda yang perlu je. Orang terlalu ramai...kuak orang baru nampak jalan. Hujan2 pun orang keluar jugak habiskan masa. Paling best dapat beli dapur sebab dapur lama dah rosak. Susah nak masak. Puas hati dapat beli dapur tu walaupun terkecil sedikit saiznya dari dapur yang dulu but ok.
Petang lepas Asar,,,,jalan-jalan keluar lagi. Cari kedai elektrik.Banyak pulak kedai tutup...hai kedai cina pun tutup cuti Deepavali ni. At last jumpa kedai kat Jalan Rahang. Survey TV sebab dah tak menyala lagi. Berkenan dengan satu TV jenama Sony. Boleh akses internet lagi. Hargapun kompetitif RM1699. Masih dalam bajet lagi. So belilah... tapi lepas beli macam rasa duit dah tinggal sikit pulak. Sebab dalam kepala banyak lagi nak dibeli dan dibuat. Tapi tak apa, memuaskan hati orang itu yang penting dan buat orang gembira itu dah kira dapat pahala.
Malam, bungkus hadiah...nak bawak masa Program Semarak Jalinan Alam dengan SK Sungai Leman nanti, Siap senang hati... makan-makan alas perut yang lapar.. sekeping roti capati dan segelas Ovaltine kosong. Dah cukup untuk orang yang berdiet ni.
Lepas ni nak tidur dah....letih dan mengantuk. Oklah....bye Selamat malam....

Subscribe to:
Posts (Atom)