SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SELIAU
- Sekolah
Kebangsaan Seliau telah diasaskan oleh Tn Hj. Yaakob bin Jali. Beliau
telah menjadikan rumahnya sendiri sebagai sekolah iaitu di Kampung Saga.
Penekanan utama akademik adalah tertumpu kepada pelajaran agama sahaja.
- Secara
rasminya sekolah ini telah dibuka pada 1 Jun 1924 dengan diberi nama
Sekolah Melayu Seliau. Bangunannya hanya merupakan sebuah rumah yang
disewa dengan harga RM 5.00 sebulan.
- Kelasnya
berlantaikan tanah. Ini menggambarkan secara keseluruhan prasarananya
begitu daif sekali.
- Pada
1 Januari 1927, sekolah ini telah berpindah ke rumah yang lebih selesa
dengan sewaan RM 15.00.
- Akhirnya
pada 29 Mac 1928, sekolah ini secara rasminya dipindahkan ke bangunan baru
(Blok Ibnu Khaldun) yang terletak di Kampung Seliau.
- Pada
tahun 1952, sekolah ini mendapat bangunan tambahan yang dibina atas ihsan
orang-orang kampung.
- Pada
tahun 1959, sekolah ini mendapat tandas baru dan pada 7 Disember 1968,
bangunan baru yang mengandungi dua bilik darjah mula digunakan bersama
tandas pam.
- Pada
1981, bangunan baru dan kantin mula dibina. Bangunan yang mengandungi
bilik darjah dan pejabat serta kantin ini mula digunakan pada 28 Ogos
1982.
- Bangunan
gotong-royong yang mengandungi empat buah kelas siap pada Disember 1989. Sekolah
turut mendapat bangunan prasekolah pada tahun 2002 dan makmal komputer
pada 2003. Tandas baru turut dibina menggantikan tandas lama pada tahun
2007.
- Sekolah
mendapat bangunan baru empat tingkat yang didirikan pada tapak bangunan
gotong-royong pada tahun 2009. Bangunan ini diserahkan secara rasminya
pada 29 Mei 2009.
- YAB
Menteri Besar Negeri Sembilan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad b Hassan telah
merasmikan bangunan baru ini pada 11 Disember 2010 bersempena Sambulan
Jubli Intan sekolah.
- Sekolah
telah mendapat Anugerah Sekolah kluster Kecemerlangan pada tahun 2012.
No comments:
Post a Comment